Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460800
Title: | Penswastaan di Malaysia : penswastaan pengagihan bekalan air di Selangor. |
Authors: | Muhammad Shamsinor Abdul Azzis (P33285) |
Supervisor: | Sity Daud. Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Muhammad Shamsinor Abdul Azzis Water supply SYABAS Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations. |
Issue Date: | 12-Sep-2012 |
Description: | Kajian ini menganalisis penswastaan pengagihan bekalan air di Selangor melalui konsesi kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam tempoh 2004-2010. Pernyataan masalah dalam kajian ini ialah teori penswastaan dalam kerangka neoliberalisme menghujahkan campur tangan pemerintah yang minimum dalam pasaran. Namun begitu, penswastaan di Malaysia menunjukkan senario yang bertentangan, iaitu pelaksanaan penswastaan yang didasari oleh campur tangan aktif pemerintah. Berdasarkan pernyataan masalah tersebut, kajian ini menetapkan tiga objektif kajian. Objektif pertama kajian ini ialah menganalisis rasional pengurusan air di Selangor iaitu dari perbadanan awam kepada konsesi swasta. Objektif kedua pula membahaskan campur tangan pemerintah di peringkat pusat dan negeri dalam penswastaan pengagihan bekalan air di Selangor di era neoliberal. Manakala objektif ketiga menilai hubungan kepuasan pelanggan dengan penswastaan pengagihan bekalan air oleh SYABAS. Kajian ini menggunakan metodologi campuran iaitu pendekatan kuantitatif melalui soal selidik dan pendekatan kualitatif melalui data primer dan sekunder serta menganalisis data secara deskriptif dan inferensi bagi mencapai ketiga-tiga objektif kajian. Hasil objektif pertama kajian ini mendapati rasional transformasi pengagihan bekalan air di Selangor adalah didasari oleh aspirasi pemerintah. Terdapat dua rasional utama dalam transformasi ini iaitu strategi pengurangan beban kewangan pemerintah dan penambahbaikan perkhidmatan pengagihan bekalan air. Penemuan ini menyumbang kepada hasil kajian bagi objektif kedua yang menunjukkan campur tangan aktif pemerintah di peringkat pusat dan negeri dalam pelaksanaan penswastaan pengagihan bekalan air melalui aplikasi kuasa, strategi dan matlamat politik masing-masing. Manakala hasil objektif ketiga mendapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara kepuasan pelanggan dengan perkhidmatan pengagihan bekalan air oleh SYABAS. Hal ini berdasarkan penemuan kajian yang menunjukkan strategi perkhidmatan yang diamalkan oleh SYABAS telah menyumbang kepada kepuasan pelanggan. Berdasarkan ketiga-tiga objektif kajian yang telah dicapai, kajian ini mencadangkan 'model pengurusan air Selangor' sebagai intipati kepada pemahaman senario pengurusan air Selangor.,Tesis ini tidak ada Perakuan Sarjana/ Doktor Falsafah.,PhD |
Pages: | 359 |
Call Number: | HD4465.M4M847 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119213+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.