Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460795
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamaruzaman Yusuf, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAbdul Kadir N.C. Mohamad (P39187)-
dc.date.accessioned2023-09-20T03:50:28Z-
dc.date.available2023-09-20T03:50:28Z-
dc.date.issued2011-04-15-
dc.identifier.otherukmvital:114838-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460795-
dc.descriptionKajian Awang Muhammad Jamil: Sumbangannya Terhadap Kemajuan Masyarakat Brunei menganalisis pemikiran Awang Muhammad Jamil dalam bidang yang diceburinya melalui bahan penulisan dan gerak kerjanya. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang Awang Muhammad Jamil termasuk keluarga dan kerjayanya, menjelaskan peranan dan sumbangan Awang Muhammad Jamil dalam pelbagai bidang. Metodologi kajian adalah berdasarkan pendekatan kualitatif yang merangkumi kajian kepustakaan dan temu bual. Kajian kepustakaan dan penelitian terhadap dokumen menjadi sumber primer dan sekunder. Sumber primer adalah terdiri daripada fail-fail kerajaan, keratan akhbar dan segala yang berkaitan dengan sumber penulisan, sama ada yang tersimpan di arkib mahupun simpanan tokoh sendiri. Selain itu, hasil penulisan beliau juga dianalisis sama ada yang sudah diterbitkan atau belum diterbitkan lagi bagi mengetahui idea dan pemikiran beliau. Sumber sekunder pula meliputi tulisan dan maklumat lain termasuk maklumat lisan yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang mempunyai kaitan dengan kajian. Penulisan ini menggunakan teknik analisis kandungan terhadap bahan-bahan yang didapati dan menggunakan pendekatan temu ramah dengan individu-individu yang mengenali beliau sama ada dari kalangan kaum keluarga, sahabat handai mahupun rakan sekerja. Maklumat yang diperolehi daripada individu-individu terbabit adalah berkaitan dengan latar belakang keluarga, pengajian, pekerjaan, sikap dan pendirian, sumbangan dan segala yang berkaitan dengan beliau. Penulisan ini juga menggunakan pendekatan kronologi meliputi salasilah keturunan, kehidupan berkeluarga, pendidikan formal dan tidak formal, kerjaya dalam perkhidmatan awam dan penglibatan dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta pengiktirafan daripada dalam dan luar negara. Hasil daripada penyelidikan ini mendapati bahawa tokoh ini sangat berpengaruh dan mempunyai sumbangan yang besar di Brunei. Beliau berperanan dalam memperkukuhkan konsep Melayu Islam Beraja (MIB), mengkaji salasilah Kesultanan Brunei, dan mempertahankan pendidikan Islam dan penggunaan tulisan Jawi di Brunei.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Sarjana Falsafah-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEconomic development -- Social aspects -- Brunei Darussalam-
dc.subjectCommunity development -- Brunei Darussalam-
dc.subjectBrunei Darussalam -- Economic development-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAwang Muhammad Jamil: sumbangan terhadap kemajuan masyarakat Brunei Darussalam-
dc.typetheses-
dc.format.pages269-
dc.identifier.callnoDS650.3.A236 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002445(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114838+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
653.39 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.