Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460791
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRahimah Abdul Aziz, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNur Hafizah Yusoff (P45430)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:50:24Z-
dc.date.available2023-09-20T03:50:24Z-
dc.date.issued2012-02-08
dc.identifier.otherukmvital:114636
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460791-
dc.descriptionPada tanggal 1 jun 2007, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menganugerahkan Pulau Langkawi status geopark. Dengan anugerah tersebut, Pulau Langkawi menjadi satu-satunya geopark yang terdapat di Asia Tenggara dan yang ke 52 di seluruh dunia. Geopark mengandungi tiga komponen iaitu, kegiatan pemuliharaan, pembangunan pelancongan dan pembangunan sosioekonomi. Ketiga-tiga komponen tersebut saling bergantungan bagi menjayakan Langkawi Geopark. Bagi memastikan Langkawi Geopark dapat dinikmati oleh generasi sekarang dan akan datang, perlunya penglibatan semua pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, swasta serta orang perseorangan dalam usaha melestarikannya. Dalam hal ini, komuniti dianggap sebagai komponen terpenting kerana anggota komuniti berupaya memastikan kelestarian geopark melalui aktiviti pemuliharaan, geopelancongan dan ekopelancongan. Justeru, kajian ini adalah mengenai komuniti sebagai salah satu daripada pihak berkepentingan dalam Langkawi Geopark, khususnya mengenai penglibatan komuniti. Kajian ini telah dijalankan di Kampung Kuala Teriang, Langkawi dan secara umumnya bertujuan mengenalpasti jenis dan tahap penglibatan komuniti Kuala Teriang dan masalah yang wujud berkaitan penglibatan mereka itu. Antara objektif kajian ialah, untuk mengenalpasti jenis dan tahap penglibatan anggota komuniti Kuala Teriang terutama dalam aktiviti sosioekonomi. Kajian ini juga bertujuan meneliti faedah dan masalah yang dihadapi oleh anggota komuniti semasa mereka terlibat dalam aktiviti sosioekonomi. Kajian ini menggunakan kaedah survei, temubual dan pemerhatian tidak ikut serta untuk mengumpul data dan maklumat. Seramai 200 orang telah dipilih sebagai responden melalui teknik pensampelan berstrata dan kaedah snowball. Antara dapatan kajian ialah, terdapatnya penglibatan komuniti di Kuala Teriang, iaitu dalam aktiviti Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP), Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW) selain terdapat anggota komuniti yang menjalankan perniagaan sendiri. Anggota komuniti terutama anggota KPSP dan KEW menerima faedah seperti pendapatan bulanan bertambah, mendapat pendidikan dan kemahiran mengenai alatan teknologi baru dan mendapat peluang membuat keputusan serta menghadiri bengkel dan latihan yang disediakan. Namun begitu, terdapat juga masalah dalam aspek pemahaman dan kesedaran anggota komuniti mengenai peranan mereka sebagai pihak berkepentingan dalam Langkawi Geopark. Hal ini kerana secara umum anggota komuniti masih kurang jelas tentang maksud geopark dan apa yang diperlukannya. Kesimpulannya, sebagai salah satu pihak berkepentingan dalam Langkawi Geopark, komuniti mempunyai peranan besar dalam memastikan kelestarian Langkawi Geopark.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectGeology -- Malaysia -- Taman Langkawi (Kedah)
dc.subjectSustainable development -- Malaysia -- Taman Langkawi (Kedah)
dc.subjectGeoparks -- Malaysia
dc.subjectTaman Langkawi (Kedah)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKelestarian Langkawi Geopark: penglibatan komuniti Kuala Teriang
dc.typetheses
dc.format.pages160
dc.identifier.callnoGE320.M4N846 2012 tesis
dc.identifier.barcode002270(2012)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114636+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
32.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.