Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460778
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShaiful Bahri Md Radzi, Dr.
dc.contributor.authorMuhd Norizam Jamian (P46452)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:50:08Z-
dc.date.available2023-09-20T03:50:08Z-
dc.date.issued2012-09-12
dc.identifier.otherukmvital:114384
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460778-
dc.descriptionKajian ini membicarakan fungsi kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah pembentukan peradaban manusia bagi melahirkan insan yang dikenali sebagai 'insan adabi' dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah di muka bumi. Insan adabi adalah insan sempurna yang seimbang dari segi spiritual dan material dalam kehidupannya. Kesempurnaan hakiki ini dicapai apabila empat hierarki prinsip berjaya dikuasai iaitu ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan amal ihsan. Data kajian melibatkan karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional yang terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan atau disalin dari abad ke-15 hingga ke-19. Antara lain karya-karya ini meliputi Hikayat Isma Yatim, Hikayat Ali Bad Syah, Hikayat Maharaja Ali, Syair Siti Zubaidah (sastera hikayat); Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), Hikayat Raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Syair Perang Siak, Syair Perang Mengkasar (sastera sejarah); Hikayat Hang Tuah (sastera epik); Hukum Kanun Melaka (sastera undang-undang); Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin, Thamarat al-Muhimmah (sastera ketatanegaraan); Sirat al-Mustaqim, Sabil al-Muhtadin, Syarab al-Asyiqin, Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Siti Sianah (sastera kitab/sufi); dan Hikayat Bulan Berbelah, Surat al-Anbiya', Hikayat Abu Syahmah, Hikayat Raja Jumjumah, Hikayat Ibrahim ibn Adham, Hikayat Raja Handak, Hikayat Iskandar Zulkarnain serta Hikayat Amir Hamzah (cerita Nabi Muhammad SAW, para Nabi dan tokoh Islam). Dalam membuktikan fungsi kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah pembentukan insan adabi, kajian ini mengaplikasikan pendekatan adab berasaskan model kerangka pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas (2001). Hasil kajian membuktikan bahawa kesusasteraan Melayu tradisional berperanan sebagai penanam adab bagi melahirkan insan terpuji yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta duniawi dan ukhrawi. Karya kesusasteraan Melayu tradisional menjadi panduan kepada khalayak menjalin hubungan dengan Tuhan selaku Pencipta (hablumminaLLah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas) di samping menjelaskan status peranan bagi setiap manusia di dunia – sebagai khalifah Allah dan pada masa yang sama selaku hamba-Nya. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional terkandung ilmu yang dapat dimanfaatkan bagi membina kebijaksanaan yang dapat menyerlahkan keadilan dan seterusnya melaksanakan amal ihsan dalam diri khalayak. Empat prinsip ini adalah elemen penting yang perlu ditanam ke dalam jiwa setiap manusia dalam melahirkan insan terpuji ini. Apabila keempat-empat prinsip hierarki ini dipenuhi dan berdiri kukuh maka kemuncaknya akan lahirlah insan yang dikenali sebagai insan adabi.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectMalay literature|yEarly (to 1900) -- History and criticism
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesusasteraan Melayu tradisional dari perspektif adab: suatu perbincangan pemikiran Syed Muhammad Naquib al-Attas
dc.typetheses
dc.format.pages184
dc.identifier.callnoPL5105.1.M838 2012 tesis
dc.identifier.barcode002274(2012)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114384+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
785.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.