Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460768
Title: Pemetaan ruang sosial: faktor ekonomi dan sosial penentu lokasi rumah etnik Melayu dan Cina di mukim Kajang
Authors: Mohd Muizzuddin Mohd Nor (P79820)
Supervisor: Mohamad Fauzi Sukimi, Dr.
Keywords: Sociology
Urban -- Malaysia
Cultural pluralism -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Sep-2018
Description: Segregasi etnik merupakan hasil Dasar Pecah dan Perintah British yang memisahkan kegiatan ekonomi dan penempatan antara etnik. Setelah merdeka, Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dari segi fungsi ekonomi dan sosial. Sehubungan dengan itu, diharapkan setiap etnik mampu untuk menembusi kawasan penempatan di bandar. Persoalannya, sejauhmanakah hasrat tersebut dapat dicapai dan segregasi antara etnik terhapus. Justeru, kajian ini bertujuan mendeskripsikan corak pemetaan ruang sosial penempatan etnik di mukim Kajang, Selangor. Kedua, menganalisis faktor ekonomi, iaitu, harga rumah, kuasa beli dan reka bentuk dalam mempengaruhi etnik terhadap pemilihan lokasi rumah. Ketiga, menganalisis faktor sosial, iaitu, prasangka, stereotaip dan jarak sosial yang mempengaruhi etnik terhadap pemilihan lokasi rumah. Keempat, menilai sama ada terdapat perbezaan signifikan di antara etnik Melayu dan Cina terhadap faktor ekonomi dan sosial dalam mempengaruhi pemilihan lokasi rumah. Kaedah kualitatif berasaskan pemerhatian, temubual tidak berstruktur serta analisis dokumen digunakan untuk mendeskripsikan corak pemetaan ruang sosial dengan menggunakan aplikasi seperti Google Maps, Rapid Tables, Corel DRAW versi 19 dan peta Kajang. Manakala, kaedah kuantitatif digunakan untuk menganalisis statistik deskriptif serta inferensi regresi linear berganda dan ujian-t sampel bebas dengan menggunakan perisian IBM SPSS versi 22 bagi melihat perbandingan dan pengaruh signifikan yang mempengaruhi etnik. Sampel kajian terdiri daripada 234 taman perumahan bagi mendeskripsikan corak pemetaan ruangan sosial dan 390 orang responden bagi memberi maklum balas terhadap faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi rumah di kawasan mukim Kajang. Teori Mosaic of Social World dan Teori Identiti Sosial diaplikasikan bagi menjelaskan tingkah laku kumpulan sosial yang bukan sahaja mengemukakan asas perbezaan dan diskriminasi, malah turut menjelaskan perubahan sosial antara sesebuah kumpulan. Hasil kajian menunjukkan pemetaan ruang sosial berdasarkan etnik berlaku. Penempatan pusat bandar dikuasai oleh etnik Cina, manakala etnik Melayu masih mengekalkan penempatan di pinggir bandar. Hasil kajian turut menunjukkan etnik Melayu dipengaruhi oleh elemen harga rumah, reka bentuk, prasangka dan jarak sosial dalam memilih penempatan. Manakala etnik Cina dipengaruhi elemen reka bentuk, prasangka, stereotaip dan jarak sosial. Sebagai kesimpulan, segregasi penempatan etnik di mukim Kajang masih berterusan berlaku di mana faktor ekonomi dan faktor sosial menjadi penyumbang utama kepada mereka yang ingin memilih kawasan kediaman khususnya di kawasan mukim Kajang. Oleh itu, hasil kajian ini selari dengan teori yang digunakan bahawa corak taburan ruang sosial yang dibentuk tidak hanya menerusi faktor ekonomi, malahan turut dipengaruhi faktor sosial.,Sarjana Falsafah
Pages: 252
Call Number: HT153.M836 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106625+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.