Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460765
Title: | Pelancongan warisan sebagai tunjang pembangunan bandar Kuala Lipis |
Authors: | Siti Norsakira Mohamed (P77559) |
Supervisor: | Rosniza Aznie Che Rose, Dr. |
Keywords: | Heritage tourism -- Malaysia City planning -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | Jan-2018 |
Description: | Kajian di destinasi berpotensi tinggi pelancongan warisan ini didasarkan oleh faktor bukti petempatan manusia yang telah bermula sejak 2500 - 2400 tahun yang lampau. Kajian bertujuan mengkaji bangunan dan kawasan tinggalan sejarah di bandar Kuala Lipis yang masih mempunyai potensi pelaburan untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan warisan. Objektif utama kajian adalah mengenal pasti lokasi-lokasi yang berpotensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan warisan dan mengemukakan cadangan bagi memelihara warisan sejarah lokal. Objektif kajian tersebut berjaya dicapai berdasarkan analisis kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik terhadap 100 orang penduduk tempatan. Hasil kajian mendapati Kuala Lipis mempunyai lebih dari empat jenis gaya seni bina bangunan yang menyumbang kepada ciri-ciri warisan dan keunikannya. Antaranya ialah seni bina nusantara, tradisional Melayu, selatan China, pengaruh Moghul, neo-klasikal, tudor, art-deco dan palladian (Sino-Malay). Hasil kajian turut menunjukkan bahawa penduduk tempatan di Kuala Lipis menerima dan bersedia untuk turut serta dalam aktiviti pelancongan warisan di lokasi kajian. Kekurangan kemudahan awam dan kemudahan pengangkutan telah membawa rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan dan mewujudkan kelemahan dalam sistem kemudahsampaian. Walau bagaimanapun, Kuala Lipis masih boleh dibangunkan memandangkan destinasi kajian sentiasa menerima kedatangan pelancongan berasaskan warisan terutama dalam kalangan pelajar dan pengkaji daripada pelbagai tempat walaupun dalam skala yang kecil. Cadangan utama pembangunan ialah meningkatkan aksesibiliti kemudahan awam yang sedia ada di bandar Kuala Lipis dan menarik lebih ramai pelancong. Cadangan tersebut ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya bagi mempertingkatkan mutu destinasi pelancongan sekali gus memperkenalkan bandar Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan warisan yang utama pada masa akan datang.,Sarjana Falsafah |
Pages: | 179 |
Call Number: | G156.5.H47S568 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_106622+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.29 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.