Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460753
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzima Abdul Manaf, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohd Syafiq Akmal Kasimun@Katmon (P72900)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:44Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:44Z-
dc.date.issued2016-01-20
dc.identifier.otherukmvital:97135
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460753-
dc.descriptionPerhubungan di antara komuniti Bidayuh dengan tanah adat merupakan satu pertalian yang unik. Hal ini kerana tanah adat merupakan nadi dan identiti kebanggaan bagi komuniti Bidayuh dan amat bermakna kepada mereka. Namun, tiadanya pengiktirafan pemilikan tanah adat yang jelas dalam konteks formal telah mewujudkan pertikaian dan konflik antara pemilik tanah dengan pihak berkuasa, syarikat swasta dan individu dalam komuniti itu sendiri. Perbezaan tafsiran mengenai pemilikan dan persempadanan tanah yang diguna pakai oleh pihak berkuasa dengan pemahaman oleh komuniti Bidayuh menjadi isu utama yang membawa kepada ketiadaan pengiktirafan pemilikan tanah adat yang jelas. Sehubungan itu, objektif pertama kajian ini bertujuan untuk meneliti pemahaman terhadap makna tanah, pemilikan dan persempadanan tanah adat berdasarkan pandangan lokal komuniti Bidayuh. Objektif kedua adalah bertujuan untuk merungkai pandangan komuniti Bidayuh berhubung pengiktirafan pemilikan tanah adat dengan merujuk komponen model Driving Force-Actor-Land Status Change. Model ini menekankan keperluan yang mendorong pemilik tanah untuk mendapatkan pengiktirafan status pemilikan tanah yang jelas. Maklumat berkaitan dengan pemahaman dan keperluan pengiktirafan tanah adat diperoleh melalui hasil temu bual mendalam dan perbincangan kumpulan terfokus bersama 70 orang pemilik tanah dari enam kampung di Daerah Serian. Analisis mendapati bahawa pemahaman komuniti Bidayuh terhadap pemilikan tanah dipengaruhi oleh adat dan budaya yang diwarisi secara lisan. Mereka lebih menekankan konteks sosial yang menitikberatkan kesinambungan pemilikan tanah adat bagi mengekalkan identiti komuniti Bidayuh. Dari segi persempadanan, mereka mempunyai pemahaman tersendiri yang divisualkan melalui kesepakatan maklumat terutamanya dalam konteks penetapan, penandaan dan kelangsungan maklumat persempadanan. Manakala objektif kedua, analisis mendapati terdapat empat faktor tekanan yang mendorong kepada keperluan komuniti Bidayuh untuk mendapatkan pengiktirafan pemilikan tanah adat. Antaranya ialah faktor sosial, ekonomi, politik dan perundangan, dan ekologikal. Faktor-faktor ini memberi implikasi terhadap sikap dan tindakan pemilik tanah dan seterusnya mendorong untuk menuntut status pemilikan tanah adat yang lebih terjamin hak pemilikannya. Justeru itu, pengiktirafan pemilikan tanah adat yang jelas dalam konteks formal penting dalam mengekalkan kelangsungan warisan komuniti Bidayuh. Akhir sekali, kajian mencadangkan agar perancangan dan pelaksanaan dasar yang melibatkan pemilikan dan persempadanan tanah adat mengambil kira komponen-komponen sosial yang melatari keseluruhan hidup komuniti Bidayuh agar keperluannya tidak dinafikan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectTanah adat
dc.subjectKaum Bidayuh
dc.subjectSerian
dc.subjectSarawak
dc.subjectPengiktirafan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePemilikan dan persempadanan tanah adat komuniti Bidayuh: kajian kes di Serian, Sarawak
dc.typetheses
dc.format.pages229
dc.identifier.barcode002888(2017)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97135+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
709.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.