Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460480
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRozilawati binti Ahmad, Dr.-
dc.contributor.authorNorfadilah binti Mat Nor (P77799)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:48Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:48Z-
dc.date.issued2017-07-27-
dc.identifier.otherukmvital:99090-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460480-
dc.descriptionKejituan persediaan rawatan yang tinggi penting untuk terapi isipadu arka termodulat (VMAT) kerana kecerunan taburan dosnya adalah curam antara isipadu sasaran perancangan (PTV) dengan struktur organ berisiko (OAR). Peranti cegah gerak yang ideal mampu meningkatkan kejituan persediaan rawatan dengan mengekalkan pesakit dalam posisi yang boleh diulang semula sementara mengehadkan mobiliti pesakit semasa sesi rawatan. Oleh itu, satu kajian bereksperimen dijalankan untuk mengenalpasti peranti cegah gerak bagi meningkatkan kejituan persediaan rawatan antara-pecahan rawatan. Seramai dua belas pesakit kanser oral dikategorikan kepada tiga kumpulan (HFW, SYR dan TDW). Pesakit kumpulan HFW dicegah gerakkan dengan lilin dilekatkan pada headFIX® mouthpiece, SYR dicegah gerakkan dengan 10 cc/ml picagari dan TDW dicegah gerakkan dengan lilin dibentuk pada kayu penekan lidah. Setiap pesakit menjalani radioterapi berpandukan imej (IGRT) dengan jumlah keseluruhan 292 set data imej tomografi berkomputer bim-kon (CBCT) diperoleh sebagai pengukuran ralat persediaan rawatan posisi. Analisa statistik min berbeza dengan signifikan (p<0.001) bagi ketiga-tiga kumpulan untuk ralat translasi (lateral dan vertikal) dan rotasi (pic dan rewang). Min ralat vektor 3-dimensi bagi kumpulan HFW adalah signifikan lebih rendah (p<0.001) berbanding peranti yang lain. Terdapat peningkatan ralat yang signifikan (p<0.05) antara vektor 3-dimensi dengan aliran masa antara-pecahan rawatan bagi kumpulan SYR dan TDW sahaja. Margin isipadu sasaran klinikal ke PTV (CTV-PTV) yang dikira dari ralat persediaan rawatan sistematik dan rawak bagi arah lateral, longitudinal dan vertikal adalah 3.08, 2.22 dan 0.81 mm, 3.76, 6.24 dan 5.06 mm dan 3.06, 3.45 dan 4.84 mm masing-masing. HFW menunjukkan ralat terendah dalam hampir semua perbandingan membuktikannya mempunyai kejituan dan kebolehulangan yang tinggi berbanding peranti yang lain dalam mengekalkan kedudukan pesakit. Semua margin bagi setiap peranti tidak melebihi protokol hospital (5.0 mm) kecuali SYR pada arah longitudinal dan vertikal. IGRT harian boleh dilakukan untuk meningkatkan kejituan rawatan terutama bagi rawatan yang menggunakan margin CTV-PTV yang lebih kecil (< 2.5 mm).,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTerapi isipadu arka termodulat (VMAT)-
dc.subjectKanser Oral-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKejituan persediaan rawatan VMAT antara-pecahan bagi pesakit kanser oral : perbandingan peranti cegah gerak-
dc.typetheses-
dc.format.pages124-
dc.identifier.callnoWE103.N835k 2017 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99090+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.