Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460474
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSatirah Zainalabidin, Dr.
dc.contributor.authorLislivia Si Yiang Nee (P83184)
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:45Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:45Z-
dc.date.issued2018-01-18
dc.identifier.otherukmvital:98749
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460474-
dc.descriptionH. sabdariffa L. (rosel) merupakan tumbuhan yang kaya dengan antioksidan dan berpotensi dalam mengurangkan komplikasi penyakit kardiovaskular. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan rawatan ekstrak akueus rosel terhadap jantung tikus obes yang mengalami infarksi miokardium akut (IM). Sejumlah 42 tikus jantan Sprague-Dawley (250-300g) telah dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan utama yang diberi diet berbeza, iaitu diet normal (ND) dan diet tinggi lemak (HFD) selama lapan minggu untuk mengaruh obesiti. Tikus yang diberi ND seterusnya dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan IM, manakala tikus yang diberi HFD dibahagikan kepada kumpulan obes (OB) dan OB+IM. Keadaan IM diaruh dengan menggunakan isoproterenol (85 mg/kg, s.c.) selama dua hari berturut-turut. Kumpulan IM, OB dan OB+IM seterusnya dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan yang diberi rawatan ekstrak akueus rosel dan kumpulan tanpa rawatan. Ekstrak akues rosel (100 mg/kg, p.o.) diberi selama 28 hari berturut-turut dan kemudian dikorbankan pada hari ke-29. Sampel darah dan jantung tikus diambil untuk menentukan perubahan fungsi, analisis biokimia serta struktur jantung. ANOVA sehala digunakan untuk menentukan perbezaan statistik di antara kumpulan, di mana nilai p<0.05 dianggap sebagai signifikan. Hasil kajian mendapati kumpulan IM, OB dan OB+IM yang dirawat dengan ekstrak rosel mampu menunjukkan penurunan tekanan darah sistolik serta kepekatan kolesterol jumlah, trigliserida dan lipoprotein berketumpatan rendah di dalam plasma berbanding dengan kumpulan tanpa rawatan. Rawatan ekstrak rosel juga memperbaiki disfungsi jantung secara signifikan untuk semua parameter, seperti peningkatan tekanan pembentukan ventrikel kiri (LV), kadar aliran koronari dan fungsi kontraksi LV dalam ujian jantung terisolat Langendorf. Rawatan rosel didapati menurunkan tekanan oksidatif jantung, yang ditunjukkan melalui penurunan ekspresi gen NOX2 dan kepekatan 8-isoprostan, serta peningkatan aktiviti superoksida dismutase dan kepekatan glutation terturun secara signifikan pada kumpulan IM, OB dan OB+IM yang diberi rawatan. Rawatan rosel juga didapati memperbaiki perubahan struktur jantung dengan signifikan iaitu pengurangan hipertrofi kardiomiosit dan fibrosis secara kuantitatif pada ketiga-tiga kumpulan patologi tersebut. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa suplementasi dengan ekstrak akueus rosel berpotensi untuk mencegah perubahan dalam fungsi, tekanan oksidatif dan struktur jantung akibat IM pada tikus obes. Walaupun kajian ini masih di tahap preklinikal, percubaan untuk mengaplikasi rosel sebagai satu rawatan nutraseutikal harus dilakukan pada tahap klinikal di masa akan datang.,Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan)
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectHibiscus Sabdariffa Linn
dc.subjectObes
dc.subjectPenyakit Kardiovaskular
dc.subjectJantung
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleKesan ekstrak Akueus Hibiscus Sabdariffa Linn. terhadap jantung tikus obes selepas infarksi miokardium
dc.typetheses
dc.format.pages160
dc.identifier.callnoQV766.S562k 2018 9 Tesis
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98749+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
287.53 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.