Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460469
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rahayu Mustaffa Kamal, Dr. | |
dc.contributor.author | Ropidah binti Razali (P67269) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:02:43Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:02:43Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98654 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460469 | - |
dc.description | Kajian terdahulu mendapati terapis pertuturan-bahasa (TPB) di Malaysia mempunyai tahap kompetensi yang rendah dalam pengendalian masalah penelanan (disfagia). TPB menghadapi kesukaran untuk menghadiri bengkel sewaktu dalam perkhidmatan bagi meningkatkan kompetensi diri berikutan kekangan masa akibat bebanan klinikal yang tinggi di tempat kerja. Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan latihan kendiri atas talian mungkin boleh dijadikan satu kaedah yang sesuai bagi TPB. Namun begitu, tahap keberkesanan latihan atas talian dalam bidang disfagia di kalangan TPB masih tidak diketahui. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengukur tahap keberkesanan latihan kendiri atas talian khususnya bagi modul interpretasi ujian penelanan videofluoroskopik serta menerokai faktor penerimaan dan cadangan penambahbaikan latihan di kalangan TPB di Malaysia. Reka bentuk kajian campuran digunakan di dalam kajian ini melibatkan triangulasi data kuantitatif (fasa 1) dan kualitatif (fasa 2). Di dalam fasa 1, 29 TPB melengkapkan penilaian pra- dan pasca-latihan secara atas talian. Penilaian ini terbahagi kepada (i) pengetahuan dan kemahiran sebenar, dan (ii) persepsi pengetahuan, kemahiran dan keyakinan TPB. Fasa 2 melibatkan temu bual ke atas sepuluh TPB yang telah melengkapkan fasa 1 untuk menerokai dengan lebih mendalam faktor yang mempengaruhi tahap kompetensi serta cabaran yang dihadapi sewaktu mengikuti latihan atas talian. Cadangan penambahbaikan yang diutarakan oleh TPB juga direkodkan. Kajian menunjukkan terdapatnya peningkatan signifikan (t=5.00, p=0.01) terhadap tahap kompetensi TPB selepas mengikuti latihan. Secara keseluruhannya, TPB melaporkan stimulus yang komprehensif dalam modul latihan membantu meningkatkan tahap kompetensi. Namun, kekangan dari segi masa dan logistik turut dilaporkan oleh kebanyakan peserta. TPB juga mencadangkan penambahbaikan stimulus dari segi konteks dan kaedah latihan bagi meningkatkan keberkesanan dan penerimaan modul latihan. Keberkesanan latihan atas talian ini mungkin kerana ianya bertepatan dengan teori andragogi dan memenuhi keperluan individu berkerjaya. Modul latihan atas talian ini boleh diguna pakai dengan mengambil kira cadangan penambahbaikan sebagai alternatif kepada kaedah pembangunan profesion secara bersemuka.,Sarjana Sains Kesihatan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Terapis pertuturan-bahasa | |
dc.subject | Disfagia | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penerimaan latihan atas talian bagi menginterpretasi videofluoroskopik penelanan di kalangan terapis pertuturan-bahasa di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 112 | |
dc.identifier.callno | WI250.R785p 2017 9 | |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98654+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 251.89 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.