Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460466
Title: Ambang kabur dan fungsi akomodasi bagi aksara cina dan huruf roman di kalangan kanak-kanak sekolah cina miopia dan bukan miopia
Authors: Wee Xiao Hui (P66900)
Supervisor: Sharanjeet Kaur, Professor Dr.
Keywords: Miopia
Kabur
Kanak-kanak
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Feb-2017
Description: Perkembangan miopia telah dikaitkan dengan kerja dekat yang disebabkan kurang akomodasi yang berlaku semasa kerja dekat. Pengesanan kabur yang lemah semasa melihat jenis aksara yang berlainan telah dicadangkan sebagai salah satu penyebab penurunan prestasi akomodasi di kalangan kanak-kanak sekolah Cina. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan ambang kabur dan fungsi akomodasi semasa melihat aksara Cina dan huruf Roman di kalangan kanak-kanak sekolah Cina miopia dan bukan miopia. Empat puluh dua orang kanak-kanak sekolah Cina (21 miopia dan 21 bukan miopia) berumur antara 8 hingga 12 tahun telah direkrut. Ambang kabur bagi aksara Cina dan huruf Roman diukur dengan menggunakan ujian pilihan paksa dua alternatif berasaskan komputer. Fungsi akomodasi yang diukur adalah respons akomodasi dan yang dikira adalah lamban akomodasi (LA), kecerunan keluk -respons akomodasi-stimulus (ARSC) dan indeks ralat akomodasi (AEI). Respons akomodasi diukur pada jarak 1m dengan menggunakan Grand Seiko WR-5100K auto-refraktor. Subjek diarahkan untuk melihat sasaran secara monokular dengan stimulus akomodasi sebanyak 0D, 1D, 2D dan 4D yang diperoleh dengan penggunaan kanta cubaan. Min ambang kabur bagi aksara Cina dan huruf Roman ialah 0.538 ± 0.08D dan 0.528 ± 0.07D di kalangan kanak-kanak sekolah miopia. Min ambang kabur bagi aksara Cina dan huruf Roman ialah 0.527 ± 0.06D dan 0.534 ± 0.11D di kalangan kanak-kanak sekolah bukan miopia. Tiada perbezaan yang signifikan dalam ambang kabur di antara kanak-kanak miopia dan bukan miopia bagi aksara Cina, [t(40)=0.484, p=0.631] dan huruf Roman, [t(40)= -0.17, p=0.866]. Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam ambang kabur di antara aksara Cina dan huruf Roman di kalangan kanak-kanak miopia, [t(20)=0,451, p = 0.657] dan kanak-kanak bukan miopia, [t(20)= -0.347, p=0.732]. Fungsi akomodasi yang diukur tidak berbeza secara signifikan di antara aksara Cina dan huruf Roman di kalangan kanak-kanak miopia dan bukan miopia (LA, F(1,40) = 0.505, p=0.481; kecerunan ARSC, p = 0.229 untuk miopia, p = 0.197 untuk bukan miopia; AEI: p = 0.398 untuk miopia, p = 0.11 untuk bukan miopia). Tiada perbezaan yang signifikan di antara kumpulan ralat refraksi bagi setiap jenis aksara (LA, F(1,40) = 0.123, p=0.728; kecerunan ARSC, p = 0.257 bagi aksara Cina, p = 0.849 bagi huruf Roman; AEI: p = 0.297 untuk aksara Cina, p = 0.85 bagi huruf Roman). Kesimpulannya, kanak-kanak sekolah Cina miopia dan bukan miopia mempunyai ambang kabur dan fungsi akomodasi yang sama bagi aksara Cina dan huruf Roman,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 104
Call Number: WL705.W394a 2017 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98511+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
159.89 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.