Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460464
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShranjeet-Kaur, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNor Diyana Hani binti Ghani (P65505)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:40Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:40Z-
dc.date.issued2017-02-05-
dc.identifier.otherukmvital:98006-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460464-
dc.descriptionAmbliopia secara klinikal ditakrifkan sebagai pengurangan akuiti visual (VA) pada satu mata atau kedua-dua belah mata walaupun telah diberikan pembetulan tanpa sebarang tanda penyakit okular dan kerosakan pada sistem visual. Ambliopia biasanya dikaitkan dengan perkembangan kortex visual yang tidak normal disebabkan oleh strabismus, imej kabur dari ralat refraksi, atau kombinasi faktor ini semasa perkembangan visual. Penglibatan retina pada perkembangan mata ambliopik masih kontroversi. Kajian ini dijalankan adalah untuk membandingkan VA pada tahap kontras yang berbeza, sensitiviti retina (RS), ketebalan lapisan saraf retina (RNFLT) dan volum retina (RV) pada mata normal (NE), mata ambliopia (AE) dan mata normal subjek ambliopia (NAE). Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara VA pada kontras 100%, RS, RNFLT dan RS pada fovea sentral. Seramai 23 orang subjek (10 ambliopia dan 13 subjek normal) berusia antara 9-11 tahun dengan ralat refraksi kurang daripada ±4.00D sfera dan -3.00D silinder telah direkrut dalam kajian ini. Terdapat 10 mata meridional ambliopia rendah, 8 mata normal subjek ambliopia dan 13 mata normal. VA pada kontras yang berbeza (100% kontras tinggi, 25% kontras sederhana, 5% dan 2.5% kontras rendah) diukur dengan menggunakan carta logMAR dan carta Lea. RS pula diukur dengan menggunakan mikroperimeter (Nidek MP-1), manakala RNFLT dan RV diukur dengan menggunakan Optical Coherence Tomographer (Spectralis). Ukuran untuk RS, RNFLT dan RV diambil pada fovea sentral (PF), serta kuandran superior dalam (SD), inferior dalam (ID), nasal dalam (ND), temporal dalam (TD), superior luar (SL), inferior luar (IL), nasal luar (NL) dan temporal luar (TL). Min VA mata kanan normal adalah 0.00 ± 0.00 logMAR, AE adalah 0.31 ± 0.03 logMAR dan NAE adalah 0.05 ± 0.15 logMAR. Hasil kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan pada VA pada kontras 100% (P<0.01), kontras 5% (p=0.03) dan kontras 2.5% (p=0.03) di antara NE, AE dan NAE. Terdapat perbezaan yang signifikan pada RS di antara ketiga-tiga kumpulan mata pada kuadran SD (p=0.02). Untuk RNFLT dan RV, tidak ada perbezaan yang signifikan di antara ketiga-tiga kumpulan pada semua kuadran. Walaupun begitu, pada RS, apabila perbandingan dilakukan di antara kuadran dalam setiap kumpulan, terdapat perbezaan RS yang signifikan pada kuadran SL (p<0.01) bagi kumpulan NE dan AE. Terdapat perbezaan RNFLT yang signifikan (p<0.01) di semua kuadran kecuali pada kuadran SD pada NE dan terdapat perbezaan RNFLT yang signifikan pada semua kuadran pada kumpulan AE. Bagi RV, terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.01) di semua kuadran untuk kumpulan NE dan AE. Didapati tiada hubungan yang signifikan di antara VA pada 100% kontras dan RS, VA pada 100% kontras dan RNFLT serta VA pada 100% kontras dan RV di fovea sentral. Begitu juga tiada hubungan yang signifikan di antara RS dan RNFLT serta RS dan RV di fovea sentral. Walaubagaimanupun, terdapat hubungan yang signifikan di antara RNFLT dan RV (r2 = 0.84, p < 0.01). Kesimpulannya, terdapat pengurangan VA pada kontras tinggi (100%) dan rendah (5% dan 2.5%) untuk ambliopia meridional rendah AE dan NAE. Walaubagaimana pun, tiada terdapat pengurangan pada RS, RNFLT dan RV pada fovea sentral bagi meridional rendah AE dan NAE.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAmbliopia-
dc.subjectMata-
dc.subjectRetina-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePerbandingan fungsi visual dan morphologi retina antara subjek normal dan ambliopia meridional rendah-
dc.typetheses-
dc.format.pages86-
dc.identifier.callnoWW270.N822p 2017 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98006+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
147.2 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.