Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460462
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoslee Rajikan, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorSamirah Taufiq Abdul Wahid (P49824)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:40Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:40Z-
dc.date.issued2014-06-16-
dc.identifier.otherukmvital:97382-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460462-
dc.descriptionPesakit talasemia major yang memerlukan transfusi darah berterusan terdedah kepada kecederaan tisu disebabkan tekanan oksidatif akibat beban zat besi dan tahap antioksidan yang rendah. Kajian kawalan plasebo ini dijalankan untuk menentukan kesan pemberian suplemen zink sulfat (15 mg zink/hari) selama 6 bulan ke atas status antioksidan dan tekanan oksidatif pesakit talasemia major pediatrik yang berumur antara 8 hingga 15 tahun. Seramai 68 orang subjek yang terdiri daripada 32 orang lelaki dan 36 orang perempuan telah dipilih dari Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Penilaian antropometri dan pemakanan dilakukan pada peringkat dasar dan bulan ke-6 untuk menentukan status pemakanan. Sebanyak 9 ml sampel darah diambil pada peringkat dasar dan bulan ke-6 dan dianalisis untuk menentukan tahap antioksidan (retinol dan α- tokoferol), aktiviti enzim antioksidan superoksida dismutase (SOD) dan penanda tekanan oksidatif peroksidasi lipid (LPO). Majoriti subjek adalah Melayu (80.9%) dan 54.4% subjek bersekolah menengah. Seramai 25% subjek lelaki dan 11.1% subjek perempuan dikelaskan sebagai kurang berat berdasarkan indeks jisim tubuh untuk umur. Pengambilan tenaga, zink, vitamin C dan vitamin E didapati lebih rendah daripada Saranan Pengambilan Nutrisi Malaysia (RNI) (NCCFN 2005). Seramai 43% daripada subjek lelaki dan 50% subjek perempuan mempunyai aras zink serum yang rendah daripada aras normal. Aras vitamin A (retinol) plasma didapati lebih rendah daripada normal dalam kalangan 59.4% subjek lelaki (0.970±0.406 μmol/L) dan 66.7% subjek perempuan (0.898±0.316 μmol/L), (p=0.418). Corak yang sama diperhatikan bagi vitamin E (α-tokoferol) plasma dengan 93.8% daripada subjek lelaki dan 83.3% daripada subjek perempuan mengalami kekurangannya dengan nilai min untuk lelaki dan perempuan masing-masing adalah 9.94±6.96 μmol/L dan 10.71�7.09 μmol/L, (p=0.572). Aras LPO didapati lebih tinggi dalam kalangan subjek perempuan (p<0.05), manakala aktiviti SOD didapati lebih tinggi dalam beta-talasemia berbanding HbE/beta-talasemia (p<0.05). Kekerapan transfusi darah didapati mempunyai korelasi negatif dengan α-tokoferol plasma (r=-0.335; p<0.05) dan aktiviti SOD (r=-0.249; p<0.05). Selepas pemberian suplemen selama 6 bulan aras zink serum meningkat sebanyak 1% dalam kalangan kumpulan suplemen zink. Aras retinol plasma meningkat mengikut masa dengan signifikan dalam kedua-dua kumpulan (p<0.05). Sebanyak 35.6% kenaikan aras retinol diperhatikan dalam kumpulan suplemen zink berbanding dengan 19.3% dalam kumpulan plasebo. Walau bagaimanapun, tiada kesan interaksi yang signifikan bagi kedua-dua aras zink dan retinol. Aras α-tokoferol plasma tidak berubah secara signifikan selepas pemberian suplemen. Aras LPO berkurang dalam kedua-dua kumpulan (p<0.05). Pengurangan ini lebih besar dalam kumpulan suplemen zink (21.9%) berbanding dengan 16% dalam kumpulan plasebo (p=0.627; ƞp2=0.004). Aktiviti SOD menunjukkan pengurangan yang signifikan dalam kedua-dua kumpulan zink dan kumpulan plasebo (p<0.05). Kesimpulannya, suplementasi zink meningkatkan tahap antioksidan terutamanya vitamin A dan mengurangkan tekanan oksidatif pada pesakit talasemia dengan status antioksidan yang rendah.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTalasemia major-
dc.subjectZat besi-
dc.subjectAntioksidan-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan suplementasi zink ke atas status vitamin A, E, enzim superoksida dismutase dan peroksidasi lipid dalam kalangan pesakit talasemia pediatrik-
dc.typetheses-
dc.format.pages200-
dc.identifier.callnoWH170.S188k 2015 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97382+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
303.9 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.