Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460439
Title: Hubungkait antara faktor sosioekonomi dan psikososial dengan ketakjaminan makanan dan malpemakanan dalam kalangan warga emas di Felda Lubuk Merbau
Authors: Rohida binti Saleh Hudin (P75127)
Supervisor: Suzana binti Shahar, Profesor.
Keywords: Warga emas
Malpemakanan
Sosioekonomi
Psikososial
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Aug-2016
Description: Warga emas adalah satu kumpulan yang berisiko untuk mendapat malpemakanan dan ketakjaminan makanan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungkait antara faktor sosioekonomi, psikososial dengan malpemakanan dan ketakjaminan makanan dalam kalangan warga emas di Felda Lubuk Merbau. Kajian ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama mengkaji kesahihan dan kebolehpercayaan dua borang soal selidik iaitu ketakjaminan makanan (Wolfe dan Bickel), sokongan sosial dan tekanan (DUSOC). Fasa pertama melibatkan 50 orang warga emas dengan min umur 69.2 ± 7.4 tahun yang dipilih secara persampelan mudah serta subsampel 20 orang untuk bekalan makanan. Fasa kedua mengkaji hubungkait antara faktor sosioekonomi dan psikososial dengan ketakjaminan makanan dan malpemakanan dalam kalangan 289 orang warga emas yang berumur 69.7±6.0 tahun di FELDA Lubuk Merbau, yang dipilih secara rawak sistematik serta 70 orang subsampel untuk bekalan makanan seminggu. Melalui pengumpulan data dari rumah ke rumah responden ditemuramah untuk mendapatkan maklumat tentang ketakjaminan makanan (Wolfe), kemurungan [(Geriatric Depression Scale (GDS)) dan DUKE Stress Scale (DUSOC)], sokongan sosial [Medical Outcome Survey (MOS) dan DUKE Social Support Scale (DUSOC)], status fungsian [(Activities of Daily Living (ADL)] dan Instrumental Activities of Daily Living (IADL)] serta bekalan makanan seminggu. Pengukuran antropometri juga dilakukan bagi berat, tinggi, depa tangan, ukurlilit lengan atas, ukurlilit betis, ukurlilit pinggang dan pinggul. Hasil kajian fasa pertama menunjukkan jumlah skor dari Wolfe mempunyai korelasi yang kuat dengan Bickel [r=0.585, p<0.01]. Didapati persetujuan yang baik bagi kedua-dua teknik ini berdasarkan plot Bland-Altman. Hasil kajian fasa kedua menunjukkan prevalens ketakjaminan makanan adalah 27.7% (22.4% lelaki, 29% wanita). Min indeks jisim tubuh (IJT) responden adalah 25.1±4.7 kg/m2, dengan lelaki mempunyai min IJT yang lebih rendah (23.1±3.7 kg/m2) berbanding wanita (25.6±4.8 kg/m2) (p<0.05). Faktor risiko ketakjaminan makanan adalah kemurungan (OR=11.132), ada tekanan keluarga DUSOC (OR=2.470) dan IJT (OR=0.911). Malpemakanan berdasarkan IJT adalah ditentukan oleh umur (pekali ß =-0.202), wanita (pekali ß =0.187), skor GDS (pekali ß =0.132) dan ketakjaminan makanan (pekali ß =-0.153)(R2=0.109). Kesimpulannya, satu pertiga dari responden mengalami ketakjaminan makanan terutamanya dalam kalangan responden mempunyai IJT yang rendah, mengalami tekanan disebabkan oleh keluarga dan mengalami kemurungan. Malpemakanan pula adalah berkait dengan peningkatan umur, wanita, kemurungan dan ketakjaminan makanan. Terdapat keperluan untuk merangka intervensi bagi mengurangkan masalah kemurungan dan tekanan dari keluarga supaya responden tidak mengalami ketakjaminan makanan dan malpemakanan.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 191
Call Number: WA20.5.R737h 2016 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85218+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.