Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460425
Title: | Faktor-faktor berkaitan dengan status kesihatan dan keselamatan pekerjaan petani di Kelantan |
Authors: | Nurfariha Firdaus (P69542) |
Supervisor: | Ismarulyusda Ishak, Dr. |
Keywords: | Status Kesihatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Pendidikan Kesihatan Racun Perosak Petani Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 17-Feb-2017 |
Description: | Sektor pertanian di Malaysia memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negara. Namun, petani sentiasa terdedah kepada bahaya semasa mengendalikan pestisid untuk meningkatkan hasil dan mutu keluaran pertanian. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji status kesihatan dan keselamatan pekerjaan petani di Tumpat, Pasir Puteh dan Bachok, Kelantan. Reka bentuk kajian adalah keratan rentas yang melibatkan 270 orang petani berumur di antara 18 hingga 75 tahun. Kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Penentuan lokasi menggunakan persampelan bertujuan. Pemilihan subjek menggunakan persampelan rawak mudah yang diambil dari rangka sampel iaitu senarai petani. Ujian kesihatan meliputi tekanan darah, antropometri, ujian darah, fungsi hepar dan kehadiran pterigium. Status fungsi saraf, fungsi paru-paru dan pengesanan unsur surih masing-masing menggunakan Neurometer CPT/Eagle, Cosmed Quark PFT 2007 spirometer dan Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry. Penggunaan alatan perlindungan diri (APD) digunakan untuk mengukur status keselamatan pekerjaan. Status pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) dinilai menggunakan borang soal selidik. Kaedah kualitatif merangkumi perbincangan dalam kumpulan, temubual mendalam dan pendekatan parsipatori. Sebanyak 46.2% (n=36) petani mendapat skor kesihatan yang rendah manakala 60.0% (n=162) petani mempunyai tanda dan gejala keracunan pestisid. Petani yang menggunakan enam hingga tujuh jenis APD adalah 67.0% (n=181). Seramai 42.6% (n=115) petani mendapat skor pengetahuan rendah, 68.8% (n=183) mempunyai skor sikap tinggi dan 96.7% (n=258) mendapat skor amalan tinggi. Pengetahuan menunjukkan korelasi yang rendah dengan amalan petani (r=0.215, p<0.001). Pengetahuan (χ2=20.103, p<0.001) dan amalan (χ2=8.279, p<0.01) menunjukkan hubungan yang signifikan dengan penggunaan APD. Amalan menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kesihatan petani (χ2=6.259, p<0.05). Seramai 83.0% (n=139) petani yang menggunakan alat perlindungan hidung dan mulut menunjukkan glukosa darah normal (χ2=7.928, p<0.001), 69.0% (n=119) menunjukkan asid urik darah normal (χ2=6.878, p<0.001) dan 67.0% (n=125) didapati tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala keracunan pestisid (χ2=12.486, p<0.05). Seramai 84.0% (n=203) petani yang memakai pelindung kepala mempunyai tekanan darah tinggi (χ2=4.769, p<0.05). Berdasarkan kaedah kualitatif, didapati petani tidak menggunakan APD yang betul seperti menggunakan alatan perlindungan kepala dan sarung tangan jenis kain kapas yang dapat menyerap pestisid. Faktor yang dapat mempengaruhi status kesihatan dan keselamatan pekerjaan petani adalah alam sekitar, pendedahan pestisid, penggunaan APD, amalan kebersihan, amalan pemakanan dan pekerja upahan. Analisis faktor dilakukan untuk mengenalpasti jenis ujian saringan kesihatan yang khusus untuk petani. Ujian kesihatan petani dikategorikan kepada lima kumpulan seperti berikut: i) indeks jisim badan dan tekanan darah, ii) fungsi paru-paru, iii) ujian darah, iv) unsur surih dan v) fungsi saraf dan aras asetilkolinesterase. Kesimpulannya, status kesihatan dan keselamatan pekerjaan petani adalah membimbangkan dan petani perlu diberikan pendidikan kesihatan yang berterusan.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan) |
Pages: | 216 |
Call Number: | WA20.5.N974f 2017 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84767+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 359.66 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.