Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460402
Title: Sintesis dan pencirian sebatian organostanum (iv) ditiokarbamat serta saringan ketoksikan terhadap sel jurkat e6.1 & sel wrl 68
Authors: Nor Syaidatul Akmal binti Mohd Yousof (P48243)
Supervisor: Normah Awang, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sebatian organostanum
Kanser
Agen antikanser
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Sep-2014
Description: Kanser merupakan antara penyebab utama kepada mortaliti dan morbiditi di dunia. Pelbagai sebatian baru yang berasaskan logam, seperti sebatian organostanum sedang giat disintesis kerana memberi kesan sitotoksik yang baik terhadap sel kanser. Dalam kajian ini, sebatian organostanum(IV) ditiokarbamat yang mempunyai formula kimia Rm[S2CNR'R']4-m (m=3, R=C6H5, R'=CH3, C2H5, C7H7; m=2, R=CH3, R'=CH3, C2H5, C7H7; m=2, R=C4H9, R'=CH3, C2H5, C7H7) telah berjaya disintesis. Sebatian ini telah disintesis menggunakan kaedah in-situ melalui tindak balas antara amina yang bersesuaian dengan organostanum(IV) klorida di dalam karbon disulfida pada suhu <4°C. Kesemua sebatian dicirikan melalui spektroskopi inframerah, spektroskopi resonans magnet nukleus, kajian kristalografi sinar-X dan analisis unsur. Kehadiran jalur serapan tioureida pada julat nombor gelombang 1426-1474 cm-1 menunjukkan ciri ikatan gandadua dalam ikatan C-N pada kumpulan S2C-NR'R”. Spektrum RMN 13C pula menunjukkan isyarat khusus pada anjakan kimia ?δ195.0 - 203.00 ppm, yang merujuk kepada atom karbon pada kumpulan δNCS2. Kajian kristalografi sinar-X bagi dua sebatian menunjukkan mod pengkelatan kumpulan ditiokarbamat adalah secara isobidentat. Kajian sitotoksisiti juga telah dilakukan terhadap sel leukemia manusia, Jurkat E6.1 dan sel hepar fetus manusia, WRL 68 menggunakan kesemua sebatian melalui ujian asai 3-(4,5-dimetiltiazol-2-il)-2,5-difeniltetrazolium bromida (MTT) pada tiga tempoh rawatan yang berbeza. Sebatian trifenilstanum(IV) daripada ketigatiga siri memberikan nilai IC50 yang paling rendah selepas dirawat selama 24, 48 dan 72 jam terhadap kedua-dua sel. Pemerhatian perubahan morfologi ke atas sel Jurkat E6.1 yang dirawat menggunakan nilai IC50 bagi setiap sebatian untuk ketiga-tiga tempoh rawatan menunjukkan perubahan morfologi seperti pengecutan dan pembenjolan sel dan menunjukkan sel mengalami kesan sitotoksik. Kumpulan organik yang terikat pada atom pusat stanum mampu mempengaruhi ciri sitotoksik yang berkesan terhadap kedua-dua sel. Namun, penentuan mekanisma tindakan sebatian trifenilstanum(IV) dan kesan terhadap sel normal organ yang lain perlu dilakukan sebelum dibangunkan sebagai agen antikanser.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 1052
Call Number: QZ267.N8231s 2014 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83808+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
308.91 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.