Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460398
Title: | Kesan kemopencegahan oleuropein terhadap model ICR melalui karsinogenesis kulit dua peringkat aruhan DMBA/TPA |
Authors: | Dayang Noor Suzliana John (P88615) |
Supervisor: | Siti Fathiah Masre, Dr. |
Keywords: | Zaitun Oleuropein Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 31-Jul-2019 |
Description: | Oleuropein merupakan sebatian fenolik yang banyak terdapat dalam daun zaitun dan pelbagai bahagian pokok zaitun seperti kulit, pulpa dan biji benih. Oleuropein telah menunjukkan pelbagai potensi perubatan seperti aktiviti antioksidan, antimikrob, antitumor, dan antiinflamasi. Selain itu, oleuropein juga telah dilaporkan berupaya merangsang apoptosis dan merencat proliferasi pelbagai jenis sel kanser. Walaupun terdapat laporan berkaitan kesan oleuropein ke atas pelbagai sel kanser kajian, namun, kajian berkaitan potensinya sebagai agen kemopencegahan secara topikal yang menggunakan model karsinogenesis kulit dua peringkat berbeza iaitu peringkat inisiasi dan promosi adalah masih terhad. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan oleuropein terhadap model karsinogenesis dua peringkat pada kulit mencit. Mencit betina imprinting control region (ICR) dibahagikan kepada lima kumpulan (n=6) yang terdiri daripada dua sub kumpulan kawalan iaitu kumpulan kawalan pembawa (K) dan kumpulan DMBA/TPA yang diberikan DMBA (7,12- dimetilbenz[a]-antrasen) (200 nmol) sebagai agen inisiasi dan TPA (12-Otetradekanoilforbol- 13-asetat) (20 nmol) sebagai agen promosi. Seterusnya, kumpulan rawatan oleuropein (OL) (10 mg/kg) diberikan secara topikal pada bahagian dorsal kulit mencit dua kali seminggu selama 16 minggu dan dibahagikan mengikut peringkat karsinogenesis iaitu pada kumpulan OL/DMBA/TPA (pra-inisiasi), kumpulan DMBA/OL/TPA (pasca-inisiasi) dan kumpulan OL/DMBA/OL/TPA (pra & pasca-inisiasi). Penentuan kehadiran tumor dianalisa melalui pemerhatian makroskopik dan analisa histopatologi melalui pewarnaan H & E. Aktiviti apoptosis diukur melalui pengaktifan caspase-3 dan aktiviti proliferasi dinilai melalui indeks perlabelan BrdU (5-Bromo-2‟- deoksiuridina). Penilaian antioksidan dan tekanan oksidatif ditentukan melalui analisa aktiviti superoksida dismutase (SOD), glutation (GSH) dan malondialdehid (MDA). Berdasarkan hasil kajian, kumpulan OL/DMBA/TPA menunjukkan purata bilangan tumor per ekor mencit (3.03 ± 0.48) dan peratusan mencit yang mempunyai tumor (75.63 ± 10.06 %) yang rendah secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan OL/DMBA/OL/TPA (8.45 ± 1.29) dan kumpulan K (0.00 ± 0.00%). Untuk analisis histopatologi, kumpulan OL/DMBA/TPA menunjukkan hiperplasia ringan dengan pengurangan ketebalan epidermis secara signifikan (p<0.05) (7.20 ± 0.30 μm) berbanding dengan kumpulan DMBA/TPA (16.33 ± 2.06 μm) dan kumpulan OL/DMBA/OL/TPA (14.92 ± 0.60 μm). Kumpulan OL/DMBA/TPA menunjukkan aktiviti apoptosis yang tinggi (25.76 ± 2.20 %) dan aktiviti proliferasi yang rendah (1.08 ± 1.08 %) secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan lain. Peningkatan aktiviti SOD (1.40 ± 0.06 U/mg) dan penurunan aras MDA (2.82 ± 0.64 nmol/mg) secara signifikan (p<0.05) diperhatikan dalam kumpulan OL/DMBA/TPA berbanding kumpulan DMBA/TPA (0.92 ± 0.04 U/mg, 10.08 ± 0.83 nmol/mg), kumpulan DMBA/OL/TPA (0.98 ± 0.06 U/mg) dan kumpulan OL/DMBA/OL/TPA (1.40 ± 0.06 U/mg, 8.89 ± 1.36 nmol/mg). Tiada perbezaan signifikan untuk aras GSH bagi semua kumpulan. Kesimpulannya, oleuropein menunjukkan potensinya sebagai agen kemopencegahan dalam menghalang perkembangan tumor melalui pengurangan ketebalan epidermis, rangsangan apoptosis, perencatan proliferasi sel kanser dan potensi antioksidan yang berupaya merendahkan tekanan oksidatif melalui pemberian secara pra-rawatan pada peringkat inisiasi berbanding pra-rawatan pada peringkat promosi.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 156 |
Call Number: | QZ203.D275k 2019 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116080+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.