Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460395
Title: Pembangunan kit penilaian skala kemahiran adaptif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Malaysia
Authors: Durratul Husna Mohamat Kasim (P94492)
Supervisor: Masne Kadar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Activities of Daily Living
Activities
Educational
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Sep-2022
Description: Kemahiran adaptif merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam menyediakan kanak-kanak prasekolah bagi memasuki sistem pendidikan arus perdana. Kemahiran adaptif boleh menjadi salah satu pengukur kejayaan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri mereka dengan keperluan dan tuntutan di alam persekolahan formal jika dikuasai dengan baik. Penilaian komprehensif yang sesuai dengan sosiobudaya masyarakat di Malaysia amat diperlukan bagi memastikan mereka sudah bersedia untuk memasuki alam persekolahan formal. Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan kit penilaian Skala Kemahiran Adaptif (ADAPTIF®) dalam Bahasa Melayu bagi mengukur keupayaan adaptif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah berumur 4 hingga 6 tahun di Malaysia. Kajian ini dijalankan dalam tiga fasa. Dalam Fasa I, itemitem penilaian ADAPTIF® dibangunkan berdasarkan maklumat tahap keupayaan motor menggunakan BOT-2 dan kefungsian aktiviti harian menggunakan Vineland-3 (n=250). Dapatan dari kedua-dua penilaian ini kemudiannya dibincangkan antara penyelidik untuk memilih item-item yang bersesuaian untuk diadaptasi dalam pembangunan kit penilaian ADAPTIF®. Dalam Fasa II, perbincangan kumpulan berfokus (n=7) yang melibatkan pakar perubatan kanak-kanak, ahli psikologi klinikal, ahli akademik terapi cara kerja, ahli klinikal terapi cara kerja, guru prasekolah dan wakil ibu bapa dijalankan bagi menilai kesahan muka dan kandungan kit penilaian ADAPTIF® yang dibangunkan. Dalam proses ini, data dianalisis dengan menggunakan analisis indeks kesahan kandungan (Content Validity Index-CVI). Dapatan Fasa II mendapati kesahan kandungan item individu yang tinggi (I-CVI berjulat 0.96–1.00) dan kesahan kandungan keseluruhan yang tinggi (S-CVI = 0.87) dengan S-CVI bagi setiap subdomain berjulat 0.77 – 1.00. Dalam Fasa III, ujian kebolehpercayaan ulang uji (n=30) dan konsistensi dalaman (n=90) kit penilaian ADAPTIF® dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan nilai Intra-class-Correlation Coefficient (ICC) untuk kebolehpercayaan ulang uji kit penilaian ADAPTIF® adalah antara 0.95 – 0.99. Manakala ujian konsistensi dalaman menunjukkan nilai Cronbach α yang tinggi bagi 4 domain kemahiran komunikasi, aktiviti kefungsian harian, sosialisasi serta motor dan postur (α = 0.94 – 0.99). Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan kit penilaian ADAPTIF® yang dibangunkan ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang baik untuk mengukur tahap kemahiran adaptif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian masa hadapan disarankan untuk mendapatkan data normatif kanakkanak prasekolah di Malaysia bagi menambahbaik kit penilaian ADAPTIF®,Ijazah Sarjana
Pages: 414
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130885+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.