Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460383
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Azlin Mohd Nordin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorChong Pui Kei (P93177)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:06Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:06Z-
dc.date.issued2022-06-20-
dc.identifier.otherukmvital:129740-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460383-
dc.descriptionKemerosotan fungsi selepas discaj dari perkhidmatan pemulihan fisioterapi biasa berlaku dalam kalangan pemandiri strok. Terapi di rumah (TDR) dapat meningkatkan prestasi fungsi dalam aktiviti kehidupan seharian selain memperlahankan kemerosotan fungsi pemandiri strok. Namun, kebolehlaksanaan dan keberkesanan TDR tidak diketahui dalam persekitaran tempatan. Tujuan kajian ini adalah menilai kebolehlaksanaan dan keberkesanan TDR terhadap mobiliti, efikasi kendiri dan tahap kerisauan dalam kalangan pemandiri strok yang telah discaj dan tahap ketegangan dalam kalangan penjaga mereka. Kajian ini merupakan ujikaji terkawal rawak melibatkan seramai 42 pemandiri strok (umur purata 60.74±10.79 tahun) yang telah didiscaj dari perkhidmatan fisioterapi di dua buah hospital awam di Kuala Lumpur. Peserta diagihkan kepada kumpulan TDR (kumpulan eksperimen) dan amalan biasa (AB) (kumpulan kawalan) dengan menggunakan kaedah rawakan blok berstrata berdasarkan umur dan tahap ketakupayaan mereka. Kedua-dua kumpulan menerima intervensi selama 12 minggu. Keberhasilan intervensi telah diukur pada hujung minggu ke-12 dengan menggunakan Ten-meter Walk Test (10mWT), Timed up and Go Test (TUG), The Stroke Self-Efficacy Questionnaire (SSEQ), Hospital Anxiety and Depression Scale (HADS) dan Modified Caregiver Strain Index (MCSI). Data dianalisis dengan kaedah “analisis tujuan merawat” dan menggunakan ujian ANOVA model campuran. Kumpulan TDR mencatatkan kadar kepatuhan senaman yang memuaskan (83%) dan tiada kesan sampingan teruk berlaku dalam tempoh terapi. Keputusan menunjukkan terdapat kesan masa yang signifikan terhadap kelajuan berjalan biasa (p = 0.001), kelajuan berjalan pantas (p = 0.04), skor SSEQ – aktiviti (p = 0.02) dan skor MCSI (p = 0.02) dengan saiz kesan yang sederhana hingga besar, partial eta squared (ηp2), antara 0.10 hingga 0.28. Kumpulan TDR telah mempamerkan peratus peningkatan yang lebih besar berbanding AB dalam kelajuan berjalan biasa (16.05% vs. 5.13%), kelajuan berjalan pantas (9.89% vs. 0.72%), skor keseluruhan SSEQ (4.4% vs. 1.5%) dan skor MCSI (34.18% vs. 10.85%). Tiada kesan kumpulan yang signifikan ditemui bagi kesemua pembolehubah dalam kajian ini (p>0.05). Bagi kesan interaksi, keputusan yang signifikan hanya ditemui bagi kelajuan berjalan biasa (p = 0.040, ηp2= 0.10). Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan TDR sesuai dilaksanakan dan lebih berkesan berbanding AB dalam meningkatkan semua keberhasilan, terutamanya kelajuan berjalan biasa. Oleh itu, TDR boleh diperkenalkan sebagai terapi selepas discaj kepada pemandiri mangsa strok di komuniti,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectStroke-
dc.subjectTherapeutics-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKeberkesanan terapi di rumah terhadap keberhasilan fungsi, efikasi kendiri dan tahap kerisauan dalam kalangan pemandiri strok selepas discaj-
dc.typetheses-
dc.format.pages227-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129740+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.