Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460381
Title: | Jaringan mod lalai pesakit tumor otak menggunakan pengimejan resonans magnet keadaan rehat: kajian preliminari |
Authors: | Nor Shafiza Abdul Wahab (P94470) |
Supervisor: | Noorazrul Azmie Yahya, Dr. |
Keywords: | Magnetic Resonance Imaging Brain Mapping Brain Neoplasms Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 28-Jun-2022 |
Description: | Pengimejan resonans magnet kefungsian keadaan rehat (rs-fMRI) digunakan bagi mengukur pengaktifan otak dan interaksi setempat di kalangan pesakit tumor otak dan peserta kawalan sihat. Teknik kebergantungan aras oksigen (BOLD) telah digunakan dalam kajian ini. Objektif kajian ini ialah mengukur pengaktifan nodus DMN dan kehubungan berkesan (EC) bagi peserta kawalan sihat dan pesakit tumor otak. Fasa pertama kajian yang melibatkan 21 peserta kawalan sihat adalah untuk menentukan masa imbasan optimum bagi digunakan dalam kajian ini yang melibatkan pesakit tumor otak. Keputusan pengaktifan dan EC daripada masa imbasan 10 minit dibandingkan dengan masa imbasan 15 minit. Analisis individu dilakukan ke atas pesakit tumor otak bertujuan untuk menerangkan bagaimana kawasan otak yang dipilih berinteraksi antara satu sama lain dengan kehadiran tumor. Tiga puluh peserta kawalan sihat dan sepuluh pesakit tumor otak pada lokasi berbeza menyertai kajian ini. Isyarat daripada korteks singulat posterior (PCC), medial prefrontal korteks (mPFC), inferior parietal lobus kiri (LIPC) dan inferior parietal lobus kanan (RIPC) diekstrak untuk menentukan pengaktifan dan EC. Keputusan analisis perbandingan masa imbasan terhadap peserta kawalan sihat mencadangkan masa imbasan tidak mempengaruhi pengaktifan dan EC. Nilai-p bagi EC menggunakan Ujian t- Berpasangan di SPSS bagi model pemenang adalah PCC → mPFC (p=0.35), PCC → LIPC (p= 0.39), PCC → RIPC (p= 0.80), mPFC →PCC (p=0 .58), LIPC → PCC (p= 0.25), RIPC → PCC (p=0 .49), mPFC → LIPC (p= 0.54), mPFC → RIPC (p=0 .84), LIPC → mPFC ( p=0.97), RIPC → mPFC (p= 0.78), LIPC → RIPC ( p=0.83) dan RIPC → LIPC (p=0.08). Masa imbasan 10 minit dipilih untuk digunakan dalam kajian ini. Pemilihan model Bayesian (BMS) menunjukkan model berkehubungan penuh sebagai model pemenang dalam kalangan model bertanding. Analisis Cohen's Kappa yang dijalankan terhadap kajian preliminari ini mendapati nilai K= 0.60 yang mana ini ini menunjukkan bahawa data kajian yang dikaji dalam kajian ini adalah konsisten dan boleh diguna pakai dalam kajian ini. Analisis McNemar dijalankan menunjukkan bahawa terdapatnya abnormaliti pada tisu otak pada pesakit tumor melalui laporan pemeriksaan MRI dari pakar Radiologi dengan nilai p= 0.02. Analisis secara individu bagi pengaktifan otak dan EC pesakit tumor otak mendapati pengaktifan otak dalam DMN adalah berbeza-beza bagi setiap pesakit. Kesimpulannya, data dari kajian rsfMRI ini berpotensi membantu mengenali fungsi setiap nodus DMN dan kegunaan DCM untuk menghubungkait DMN dengan kefungsian otak dalam keadaan rehat,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 162 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129737+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.87 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.