Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460378
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Suzana Shahar, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Shahida Abdul Aziz (P80484) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:02:04Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:02:04Z | - |
dc.date.issued | 2022-04-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:129167 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460378 | - |
dc.description | Masalah obesiti kini menjadi ancaman terbesar kepada rakyat Malaysia. Kurangnya amalan aktiviti fizikal merupakan salah satu faktor prevalen ini meningkat. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai perubahan tingkahlaku, aktiviti fizikal dan komposisi tubuh dalam kalangan surirumah yang mengalami masalah obesiti dan berlebihan berat badan berdasarkan status komorbid selepas mengikuti program intervensi penurunan berat badan. Kajian adalah gabungan kualitatif (in-depth interview) dan kuantitatif. Rangka sampel adalah suri rumah yang tinggal di lima buah Projek Perumahan Rakyat di Lembah Klang yang menjadi kumpulan kawalan semasa Kajian Intervensi “My Body is Fit and Fabulous@home” Fasa II. Suri rumah dibahagikan kepada dua kumpulan obesiti tanpa penyakit komorbid dan obesiti dengan penyakit komorbid. Pakej penurunan berat badan yang merangkumi pengawalan diet, aktiviti fizikal berstruktur dan pemantauan kendiri diberikan kepada kedua-dua kumpulan selama enam bulan. Seramai 125 orang surirumah yang telah menyertai kajian ini dan 91 orang (72.8%) berjaya melengkapkan kajian. Kajian kualitatif mendapati lebih berdisplin dan dapat mengurangkan kos perubatan merupakan sub tema baru yang diperolehi bagi tema kesan positif melakukan aktiviti fizikal dan senaman. Manakala sikap, keselamatan diri dan cuaca merupakan sub tema baru diperolehi dari tema faktor-faktor yang menghalang subjek dari melakukan aktiviti fizikal dan senaman. Terdapat penurunan bagi peratus perubahan prapertimbangan dan peningkatan bagi peratus tingkahlaku persediaan, tindakan dan pengekalan dari peringkat dasar hingga bulan ke-enam bagi kedua-dua kumpulan kajian. Kumpulan obesiti tanpa komorbid menunjukkan penurunan yang signifikan bagi parameter berat badan (69.4 ±10.0, p=0.024) dan indek jisim tubuh (29.8 ± 4.14, p=0.023) dari peringkat dasar hingga enam bulan intervensi. Manakala kumpulan obesiti dengan komorbid menunjukkan penurunan bagi parameter berat badan (70.5 ± 8.5, p=0.809) dan indek jisim tubuh (30.3 ± 2.95, p=0.939) tapi tidak signifikan. Kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan pada parameter jisim lemak, lemak visceral dan lemak tubuh dan peningkatan pada otot skeletal namun tidak signifikan. Kumpulan obesiti tanpa komorbid menunjukkan peningkatan pada median glukosa, HbA1c, HDL-C dan LDL-C yang signifikan dengan nilai p<0.05. Manakala trigliserida menunjukkan penurunan yang signifikan bagi kumpulan obesiti tanpa komorbid iaitu 0.7 mmol/L (-35%), dan kumpulan obesiti dengan komorbid sebanyak 0.1 mmol/L (-7.1%). Kedua-dua kumpulan tidak menunjukkan sebarang perubahan yang signifikan bagi parameter makronutrien. Namun begitu, kumpulan obesiti dengan komorbid menunjukkan peningkatan min bagi parameter kalsium yang signifikan dengan 403.9(232.28), p=0.04 dari peringkat dasar hingga enam bulan intervensi. Parameter tahap aktiviti fizikal menunjukkan peningkatan dalam kategori tidak aktif dan penurunan kategori sederhana aktif bagi kumpulan obesiti tanpa komorbid. Manakala kumpulan obesiti dengan komorbid menunjukkan penurunan kategori tidak aktif dan peningkatan pada kategori sederhana aktif pada peringkat dasar sehingga enam bulan. Kesimpulannya, min penurunan berat badan tidak mencapai 5% penurunan walaubagaimanapun perubahan penurunan dapat dilihat pada peratus lemak tubuh, trigliserid dan peningkatan pada otot skeletal terutama dalam kumpulan obesiti tanpa komorbid, di samping dapat meningkatkan motivasi tingkahlaku kumpulan kajian. Terdapat keperluan merangka pakej intervensi dan pendekatan kesihatan awam yang lebih sesuai bagi individu obes dengan komorbid,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Overweight | - |
dc.subject | Obesity | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Perubahan tingkahlaku, tahap aktiviti fizikal dan komposisi tubuh dalam kalangan surirumah yang mengalami masalah berlebihan berat badan berdasarkan status komorbiditi selepas mengikuti program intervensi penurunan berat badan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 206 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129167+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.