Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460377
Title: Kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mengenal pasti peramal persepsi penyakit dalam kalangan pesakit kanser
Authors: Harenthri Devy Alagir Rajah (P97617)
Supervisor: Caryn Chan Mei Hsien, Dr.
Keywords: Neoplasms
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Mar-2021
Description: Kanser sering dikaitkan dengan beban penyakit dan beban rawatan yang tinggi dan sangat berkait rapat dengan persepsi pesakit. Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk meneroka persepsi penyakit, tingkah laku pencarian maklumat, tingkah laku penghindaran dalam kalangan pesakit kanser. Mengunakkan kaedah kuantitatif (Fasa 1), ujian validasi soal selidik Brief Illness Perception Questionnaire (BIPQ) telah diuji dalam kalangan n = 150 pesakit yang baru didiagnos dengan kanser, n = 70 dengan pesakit berjaya disusuli tiga bulan kemudian. Dengan mengggunakan kaedah kualitatif pada Fasa 2, n = 13 pesakit ditemu ramah secara mendalam. Hasil kajian Analisis Komponen Prinsipal (PCA) telah menunjukkan nilai Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) pada tahap 0.60 untuk struktur dua faktor Brief Questionnaire Penyakit Brief (BIPQ) bagi versi Bahasa Malaysia. Pesakit kanser didapati mengekalkan persepsi penyakit positif dan tahap simptom anzieti dan simptom depresi yang normal untuk susulan bulan pertama dan bulan ketiga. Tiga gagasan soal selidik Brief Illness Perception Questionnaire (BIPQ) berkorelasi secara signifikan dengan Patient Health Questionnaire (PHQ) pada tahap awal pengumpulan data, walau bagaimanapun bagi ujian susulan bulan ketiga, hanya satu gagasan berkorelasi antara dua soal selidik di atas. Analisis dua hala kovarians ukuran berulang (ANCOVA) menunjukkan bahawa kesan interaksi utama persepsi penyakit f (1, 39) = 6.446, p = 0.015, separa n2 = 0.142, kuasa = 69.7% dan simptom anzieti f (1, 39) = 6.437, p = 0.015, separa n2 = 0.142, kuasa = 69.6% adalah signifikan. Terdapat interaksi yang signifikan antara persepsi penyakit, simptom depresi, simptom anzieti dengan jenis kanser f (1, 39) = 6.152, p = 0.018, separa n2 =0.136, kuasa = 67.70%. Pada Fasa 2, terdapat dua tema utama: tingkah laku pencarian maklumat dan tingkah laku penghindaran. Penemuan dalam kajian ini memberi pandangan yang menarik dan berimplikasi yang dapat diambil untuk menjamin kesejahteraan dalam kalangan pesakit kanser,Ijazah Sarjana
Pages: 133
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128637+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
868.46 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.