Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460376
Title: Pembangunan soal selidik dan penilaian tahap pengetahuan, sikap,amalan dan halangan dalam pelaksanaan rehabilitasi pulmonari untuk pesakit pulmonari obstruktif kronik dalam kalangan ahli fisioterapi di Semenanjung Malaysia
Authors: Norashikin Mohamed Noor (P87953)
Supervisor: Nor Azlin Mohd Nordin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pulmonary Disease
Chronic Obstructive
Physical Therapists
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Mar-2022
Description: Walaupun telah diketahui berkesan, penggunaan Program Rehabilitasi Pulmonari (PRP) bagi pesakit pulmonari obstruktif kronik dalam kalangan ahli fisioterapi di Malaysia tidak diketahui, kerana ketiadaan maklumat kajian. Pemerhatian dan kaji selidik tidak rasmi mendapati kadar penggunaan PRP adalah rendah, namun bukti anekdotal seperti ini tidak boleh digunakan sebagai asas amalan klinikal. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan borang soal selidik pengetahuan,sikap dan amalan PRP untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan PRP bagi pesakit pulmonari obstruktif kronik dalam kalangan ahli fisioterapi di Malaysia. Ini adalah kaji selidik keratan rentas melibatkan 70 orang ahli fisioterapi (purata umur ± SP = 31.8 ± 7.41 tahun) dari 12 buah hospital awam di Semenanjung Malaysia. Borang soal selidik telah dibangunkan berdasarkan beberapa kajian pengetahuan, sikap dan amalan (PSA) lepas dan telah diuji dari aspek kesahan dan kebolehpercayaan sebelum digunakan. Borang soal selidik yang dinamakan KAP-PRP ini mengandungi 20 soalan, iaitu 10, empat dan lima soalan masing-masing bagi domain pengetahuan, sikap,amalan dan satu soalan bagi bahagian 'halangan'. KAP-PRP ini didapati mempunyai nilai skor kesahan kandungan yang tinggi (S-CVI 0.98) dan kebolehpercayaan yang baik (nilai Cronbach's Alpha 0.68). Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden (>70%) mempunyai pengetahuan yang baik tentang PRP iaitu dapat menjawab kebanyakan soalan domain pengetahuan dengan betul. Sejumlah 78.6% (n=55) responden juga mempunyai sikap yang positif terhadap PRP dan 81.4% (n=57) bersetuju bahawa program ini berkesan bagi pesakit pulmonari obstruktif kronik. Namun, hanya 5.7% (n=4) dari keseluruhan responden melaksanakan PRP bagi pesakit wad dan 8.6% (n=6) melaksanakan program ini bagi pesakit luar di hospital masing-masing. Tiga halangan utama dilaporkan iaitu kekurangan kemahiran (72.9%, n=51), kekangan sumber manusia (67.1%, n=47) dan kekangan ruang untuk melaksanakan program PRP (62.9%, n=44). Kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan PRP dalam kalangan ahli fisioterapi adalah rendah walaupun mempunyai tahap pengetahuan yang baik dan sikap yang positif terhadap PRP. Pihak pengurusan perkhidmatan Fisioterapi disarankan mengenalpasti strategi bagi mengatasi halangan yang ditemui dalam kajian ini supaya implementasi program rehabilitasi pulmonari dapat dioptimumkan,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 91
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128635+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.