Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460365
Title: Kesesuaian dan pelaksanaan program pendidikan kesihatan pendengaran di Sekolah Kebangsaan di Malaysia
Authors: Nur Amirah Zakaria (P97700)
Supervisor: Nashrah Maamor, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Hearing Loss
Noise-Induced
Noise
Hearing
Issue Date: 18-Nov-2021
Description: Masalah pendengaran disebabkan bunyi bising (NIHL) adalah masalah kesihatan awam yang semakin membimbangkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan umur. Pembangunan pendidikan yang berimpak tinggi adalah aspek yang penting dalam pembentukan perilaku penjagaan pendengaran yang sihat. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka kurikulum kebangsaan dan kesesuaian menggunakan modul Desibel Berbahaya® bagi meningkatkan kesedaran murid sekolah rendah tentang amalan penjagaan pendengaran. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang merangkumi dua fasa. Dalam fasa satu, analisis kandungan maklumat kesihatan pendengaran dijalankan ke atas 148 buah buku teks yang digunakan dalam kurikulum sekolah kebangsaan pada tahun 2019. Maklumat berkaitan kesihatan pendengaran diekstrak dan dihuraikan mengikut kategori. Sebanyak 14 buah buku teks didapati mengandungi maklumat kesihatan pendengaran yang bertemakan bunyi, telinga dan pendengaran, bunyi bising, dan masalah pendengaran. Kebanyakan maklumat adalah berbentuk teoretikal, diberi dalam kurikulum peringkat menengah, yang tidak semestinya menggalakkan perilaku penjagaan pendengaran yang sihat. Beberapa langkah penambahbaikan dicadangkan termasuk mengadakan program kesihatan pendengaran di sekolah untuk membentuk amalan penjagaan pendengaran sejak dari awal. Dalam fasa dua, temu bual dijalankan bersama 20 orang guru sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur untuk mengetahui persepsi mereka terhadap implementasi program kesihatan pendengaran Desibel Berbahaya® di sekolah. Hasil analisis transkrip temu bual membentuk dua tema iaitu: 1) kesesuaian modul Desibel Berbahaya® di sekolah rendah dan 2) perlaksanaan modul pendidikan kesihatan pendengaran di sekolah rendah. Umumnya, guru berpendapat, modul Desibel Berbahaya® dapat melengkapi kurikulum KSSR dan sesuai untuk diberikan kepada murid memandangkan topik berkenaan belum didedahkan di sekolah. Topik ini juga memberikan kesedaran terhadap bahaya bunyi bising. Namun, beberapa aspek perlu diteliti untuk membentuk pendidikan kesihatan pendengaran yang mantap di peringkat sekolah. Aspek tersebut adalah bentuk penyampaian modul, kesedaran para guru terhadap kepentingan modul, individu yang patut menyampaikan, dan penerapan yang berterusan merentasi kurikulum dan kokurikulum. Kesimpulannya, satu program pendidikan khusus yang disampaikan penyampai terlatih, dan menggunakan modul yang berstruktur perlu dibangunkan di peringkat kebangsaan untuk memupuk amalan penjagaan pendengaran yang sihat dalam kalangan masyarakat.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 135
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125623+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.