Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460356
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Poh Bee Koon, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Khairul Zarina Mohd Yusop (P62759) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:55Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:55Z | - |
dc.date.issued | 2021-10-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:123965 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460356 | - |
dc.description | Peralihan corak pemakanan di negara yang sedang pesat membangun telah menyebabkan peningkatan obesiti dan penyakit kronik berkaitan pemakanan. Pengaruh budaya pemakanan barat seperti pengambilan makanan segera memberi kesan kepada tabiat makan penduduk Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola pengambilan makanan segera dalam kalangan remaja Melayu di Kuala Lumpur. Seramai 277 orang remaja Melayu (116 lelaki, 161 perempuan) yang sihat dan berumur 10 hingga 14 tahun dari sekolah kebangsaan dan sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur telah dipilih sebagai subjek dengan menggunakan kaedah persampelan berperingkat. Maklumat sosio-demografi diperoleh melalui borang soal selidik yang diisi ibu bapa. Borang soal selidik merangkumi soalan pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) berkaitan pemakanan sihat, corak pengambilan makanan di luar rumah dan amalan pengambilan makanan segera. Pola pengambilan makanan segera dikategorikan kepada tiga kumpulan kekerapan mengunjungi restoran makanan segera, iaitu 'kerap' (1 kali atau lebih seminggu), 'sederhana kerap' (1-3 kali sebulan) dan 'jarang' (beberapa kali setahun). Pengukuran antropometri termasuk berat badan serta ketinggian; ukur lilit pinggang dan skor Z indeks jisim tubuh-untuk-umur (BAZ) dikira dan dikategorikan berdasarkan rujukan pertumbuhan World Health Organization (2007). Komposisi tubuh diukur dengan teknik analisis impedans bioelektrik. Aras glukosa darah serta profil lipid yang merangkumi trigliserida (TG), kolestrol berketumpatan tinggi lipoprotein (HDL), kolestrol berketumpatan rendah lipoprotein (LDL) dan jumlah kolestrol (TC) ditentukan melalui sampel darah berpuasa. Min umur subjek adalah 11.6 ± 1.4 tahun dan median BAZ adalah -0.12 ± 2.4. Sebanyak 30.7% subjek mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Bagi KAP pemakanan sihat, majoriti subjek iaitu 65.3% adalah dalam kategori sederhana. Skor tahap pengetahuan adalah berbeza secara signifikan antara kumpulan umur serta peringkat sekolah rendah dengan menengah (p<0.05). Tahap pengetahuan terhadap pemakanan sihat juga tidak mempengaruhi tabiat pengambilan makanan segera. Min aras glukosa berpuasa adalah 4.7 ± 0.4 mmol/L, TC 4.5 ± 0.8 mmol/L, HDL 1.6 ± 0.4 mmol/L, LDL 2.6 ± 0.71 mmol/L. Sebanyak 43.7% subjek mengunjungi restoran makanan segera lebih dari sekali seminggu dan terdapat perbezaan signifikan di mana pelajar sekolah rendah lebih tinggi kekerapannya berbanding pelajar sekolah menengah (p<0.05). Analisis regresi mendapati pola pengambilan makanan segera tidak menyumbang kepada IJT. Pola pengambilan makanan segera juga bukan faktor risiko kepada kejadian hiperlipidemia dan hiperglisemia. Namun, IJT merupakan faktor risiko bagi kejadian hiperlipidemia di mana individu berlebihan berat badan dan obes mempunyai hampir 6 kali ganda odd berbanding mereka yang normal dan rendah berat badan. Kesimpulannya, pola pengambilan makanan segera semakin kerap terutamanya bagi kumpulan umur remaja di peringkat sekolah rendah dan tidak dipengaruhi oleh status sosio-demografi. Status pemakanan remaja di Kuala Lumpur juga tidak dipengaruhi oleh kekerapan pengambilan makanan segera sahaja tetapi melibatkan amalan pemakanan secara keseluruhan. Oleh itu, penyelidikan lanjut faktor risiko status pemakanan perlu lebih meluas kepada faktor lain seperti saiz sajian, pengambilan tenaga harian, tabiat makan lewat malam dan tidak hanya tertumpu kepada pengambilan makanan segera sahaja.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Nutrition Assessment | - |
dc.subject | Health Status | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pola pengambilan makanan segera serta kesannya terhadap status pemakanan dan kesihatan dalam kalangan remaja Melayu berumur 10 hingga 14 tahun di Kuala Lumpur | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 171 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123965+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.