Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460352
Title: | Sintesis dan pencirian sebatian baharu organostanum (IV) dialkilditiokarbamat serta penilaian sitotoksisiti terhadap sel selanjar adenokarsinoma kolon (HTt-29) |
Authors: | Farah Natasha Haezam (P99005) |
Supervisor: | Normah Awang, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations Academic - Malaysia Synthetic Drugs |
Issue Date: | 1-Jun-2021 |
Description: | Kerintangan ubatan komersial dalam rawatan kanser kolon telah menyebabkan peningkatan kajian terhadap pencarian agen antikanser kolon yang baharu. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mensintesis sebanyak tujuh sebatian baharu organostanum(IV) dialkilditiokarbamat dengan formula molekul RnSn(S2CN(L))4-n (L=C3H7, bagi n=2, R=CH3 (1), C6H5 (2), bagi n=3, R=C6H5 (3); L=C6H10; bagi n=2, C6H5 (4), bagi n=3, R=C6H5 (5); L=C4H10, bagi n=2, R=CH3 (6), bagi n=3, R=C6H5 (7). Sebatian ini telah disintesis melalui tindak balas secara terus di antara amina sekunder dan sebatian organostanum(IV) klorida dengan kehadiran karbon disulfida (CS2) pada suhu di bawah 4 oC. Peratus hasil bagi kesemua sebatian adalah memuaskan iaitu dalam julat 44.52-85.23%. Seterusnya, pencirian sebatian melalui analisis unsur karbon, hidrogen, nitrogen dan sulfur (C, H, N, S) telah menunjukkan bahawa peratus unsur kesemua sebatian bersetuju dengan formula molekul yang dicadangkan. Seterusnya, melalui analisis spektroskopi inframerah Transformasi Fourier (FT-IR) telah menunjukkan kehadiran puncak serapan penting jalur tioureida yang mencirikan ikatan separa ganda dua C…N pada julat nombor gelombang 1473-1510 cm-1. Sementara itu, analisis spektroskopi resonan magnetik nuklues yang dilakukan terhadap sebatian ini telah menunjukkan kehadiran puncak resonans pada julat anjakan kimia 194-198 ppm dalam spektrum 13C RMN yang merupakan anjakan kimia untuk atom karbon dalam kumpulan NCS2. Seterusnya, hasil kajian kristalografi hablur tunggal sinar-X terhadap empat sebatian yang berjaya dihablurkan sebagai hablur tunggal telah menunjukkan mod pengkoordinatan antara ligan ditiokarbamat dengan atom logam pusat stanum (Sn) adalah secara anisobidentat dengan struktur geometrinya adalah trigonal bipiramidal dan oktahedral terherot. Seterusnya, potensi sitotoksik kesemua sebatian terhadap sel selanjar kanser kolon adenokarsinoma (HT-29) telah ditentukan menggunakan asai 3-(4,5-dimetiltiazol-2-il)-2,5-difeniltetrazolium bromida (MTT) bagi tempoh rawatan 24 jam. Kesemua sebatian didapati mengaruh kesan sitotoksik yang kuat terhadap sel HT-29 dengan nilai IC50 dalam julat 0.39-8.99 μM. Oleh itu, kesemua sebatian telah terpilih untuk diteruskan dengan ujian penentuan mod kematian sel melalui asai Annexin V-FITC/PI menggunakan kepekatan IC50 masing-masing. Hasil ujian ini menunjukkan tiga sebatian (3, 5 dan 7) berpotensi mengaruh peningkatan kematian sel secara apoptosis dalam julat 73.87-75.2%. Seterusnya, ketiga-tiga sebatian 3, 5 dan 7 ini telah dipilih untuk diuji potensi ketoksikannya terhadap sel selanjar bukan kanser CCD-18Co bagi penentuan indeks pemilihan masing-masing. Ketiga-tiga sebatian didapati mampu bertindak secara memilih dengan nilai indeks pemilihan melebihi 2 (6.62-9.03). Secara kesimpulannya, kesemua sebatian baharu organostanum(IV) dialkilditiokarbamat yang telah disintesis menunjukkan kesan sitotoksik yang kuat terhadap sel selanjar HT-29 dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen antikanser kolon pada masa hadapan.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 197 |
Call Number: | QV55.F219s 2021 9 tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123888+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.43 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.