Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460351
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Normah Awang, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Nabilah Mohamad Sulaiman (P98975) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:53Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:53Z | - |
dc.date.issued | 2021-09-16 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:123808 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460351 | - |
dc.description | Sektor pembinaan melibatkan aktiviti yang menghasilkan pelbagai bahan pencemar udara termasuklah zarah ternafaskan. Pendedahan secara berterusan terhadap zarah ternafaskan ini dapat meningkatkan risiko penyakit pernafasan dalam kalangan pekerja di tapak bina. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menentukan kepekatan zarah ternafaskan individu dan hubungannya dengan fungsi paru-paru pekerja tapak bina di Shah Alam, Selangor. Reka bentuk kajian ini adalah secara keratan rentas yang melibatkan dua kumpulan pekerja, iaitu 35 orang pekerja tapak bina yang dikategorikan sebagai kumpulan terdedah dan 35 orang pekerja di bahagian pentadbiran sebagai kumpulan tidak terdedah. Penentuan kepekatan zarah ternafaskan bagi setiap pekerja dilakukan menggunakan kaedah NIOSH Manual of Analytical Methods (NMAM) 0600. Data yang diperoleh melalui persampelan udara individu ini menunjukkan kepekatan zarah ternafaskan individu bagi pekerja yang terdedah berada pada julat 0.74 - 4.40 mg/m3 dengan purata kepekatan adalah 2.38 ± 0.86 mg/m3. Analisis statistik menggunakan ujian t tidak bersandar mendapati kepekatan zarah ternafaskan bagi kedua-dua kumpulan pekerja ini menunjukkan perbezaan yang signifikan (p < 0.05). Seterusnya, penilaian fungsi paru-paru melalui ujian spirometri telah menunjukkan nilai purata untuk ketiga-tiga parameter bagi pekerja yang terdedah adalah FVC: 70.40 ± 12.27; FEV1: 72.20 ± 11.35 dan FEV1/ FVC: 93.60 ± 11.79; manakala bagi kumpulan pekerja yang tidak terdedah pula adalah FVC: 84.40 ± 13.33, FEV1: 82.29 ± 12.53 dan FEV1/ FVC: 100.63 ± 9.33. Purata nilai ketiga-tiga parameter ini menunjukkan bacaan yang lebih rendah dalam kalangan pekerja yang terdedah berbanding pekerja yang tidak terdedah secara signifikan (p < 0.05). Analisis statistik korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa peningkatan pendedahan kepada zarah ternafaskan telah mengurangkan nilai parameter FVC pekerja tapak bina secara signifikan (r= -0.19, p = 0.02). Manakala data yang diperolehi melalui borang soal selidik mengenai simptom pernafasan telah menunjukkan bahawa gejala yang paling kerap dialami oleh pekerja kumpulan terdedah adalah batuk dan berkahak, iaitu masing-masing adalah sebanyak 69 % dan 51 %. Secara kesimpulannya, hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa pekerja tapak bina yang terdedah kepada kepekatan zarah ternafaskan yang tinggi berisiko mendapat simptom pernafasan, seterusnya menurunkan fungsi paru-paru pekerja. Oleh itu, pihak majikan tapak bina perlu memandang serius terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerja serta mengambil langkah yang proaktif bagi mengurangkan risiko kesihatan terhadap para pekerja.,Ijazah Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Lung | - |
dc.subject | Respiratory Function Tests | - |
dc.title | Penentuan kepekatan zarah ternafaskan individu dan hubungannya dengan simptom pernafasan dan fungsi paru-paru pekerja tapak bina di Shah Alam, Selangor | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 62 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123808+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.3 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.