Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460348
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAsmah Hamid, Prof. Madya Dr.-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:52Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:52Z-
dc.date.issued2021-03-30-
dc.identifier.otherukmvital:122639-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460348-
dc.descriptionPenyakit Alzheimer (AD) adalah gangguan neurodegeneratif dicirikan dengan kematian sel otak yang menyebabkan hilang daya ingatan dan penurunan fungsi kognitif. Beberapa kajian menunjukkan terdapat hubung kait antara penggunaan aluminium klorida (AlCI3) dan penyakit Alzheimer. AlCI3 adalah logam bukan redoks tetapi boleh menyebabkan tekanan oksidatif. Zingiber zerumbet yang dikenali sebagai lempoyang telah dibuktikan sebagai agen antioksidan, anti-radang dan anti-mikrobial. Walau bagaimanapun, tiada kajian pernah dilakukan berkenaan kesan perlindungan dan terapeutik ekstrak Z. zerumbet terhadap AD. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan perlindungan dan terapeutik etil asetat Z. zerumbet terhadap tikus teraruh AlCI3. Enam puluh ekor tikus Sprague Dawley jantan dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan perlindungan dan terapeutik dengan lima kumpulan kecil terdiri daripada kumpulan kawalan negatif (salin normal), kumpulan AlCI3, N-asetil sistin (NAC) (20mg/kg) dan ekstrak Z. zerumbet (200 dan 400 mg/kg). Untuk kumpulan perlindungan, kumpulan kawalan negatif, kumpulan ke-2, ke-3, ke-4 dan ke-5; tikus diberi salin normal, NAC (20mg/kg) dan Z. zerumbet (200 dan 400 mg/kg) pada dua minggu pertama diikuti dengan rawatan AlCI3 selama empat minggu. Untuk kumpulan terapeutik, kumpulan ke-6; kumpulan kawalan negatif, kumpulan 7, 8, 9 dan 10; tikus diberi AlCI3 selama 4 minggu diikuti dengan salin normal, NAC (20 mg/kg) dan ekstrak etil asetat Z. zerumbet (200 dan 400 mg/kg) selama empat minggu. Selepas itu, ujian tingkah laku, aras tekanan oksidatif (8-isoprostane dan protein karbonil), aras antioksidan (superoksida dismutase), aras protein tau terhiperfosforilasi, aras asetillkolinesterase, bilangan neuron dan kajian histologi dilakukan. Hasil menunjukkan pemberian AlCI3 menyebabkan perbezaan signifikan (p<0.01) pada kemerosotan daya ingatan, peningkatan aras asetilkolinesterase, protein tau terfosforilasi, tekanan oksidatif, kematian sel neuron dan penurunan aras antioksidan. Walau bagaimanapun, pemberian ekstrak Z. zerumbet sebelum dan selepas aruhan AlCI3 dapat melawan kesan negatif AlCI3. Kumpulan perlindungan menunjukkan perbandingan signifikan (p<0.01) berbanding kumpulan terapeutik dalam meningkatkan daya ingatan, tahap antioksidan, mengurangkan tekanan oksidatif stress, protein tau terfosforilasi, aktiviti asetilkolinesterase dan kematian sel neuron. Ekstrak etil asetat Z. zerumbet yang dikaji telah membuktikan keupayaannya menghalang kematian sel neuron melalui aktiviti antioksidannya. Ini mencadangkan bahawa ekstrak tersebut berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen perlindungan dan terapeutik penyakit Alzheimer,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectNeurodegenerative Diseases-
dc.subjectAlzheimer Disease-
dc.titleKesan ekstrak etil asetat zingiber zerumbet terhadap tikus alzheimerusm aruhan aluminium klorida :|bkajian tingkah laku dan biokimia-
dc.typetheses-
dc.format.pages41-
dc.identifier.callnoWL358.5.N834k 2021 9 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122639+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
577.26 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.