Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460345
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Syafira Ishak, Dr.-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:51Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:51Z-
dc.date.issued2020-10-25-
dc.identifier.otherukmvital:122461-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460345-
dc.descriptionTinitus adalah bunyi yang didengari oleh seseorang tanpa kehadiran sumber bunyi dari luar. Tinitus merupakan simptom kepada banyak penyakit yang berkaitan dengan sistem pendengaran dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu yang mengalaminya. Kebanyakan pengurusan kes tinitus di Malaysia menggunakan modul terapi yang dibentuk dan dicadangkan oleh pengkaji dari luar negara. Namun, modul tersebut kurang sesuai kerana kandungannya sukar difahami dan kurang bertepatan dengan bahasa dan budaya di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan membina satu modul terapi pengurusan tinitus yang bersesuaian dari segi kandungan, bahasa dan budaya masyarakat Malaysia. Pembinaan modul ini adalah berpandukan model berstruktur ADDIE iaitu singkatan bagi lima fasa pembinaan iaitu fasa analyze (analisis), design (reka bentuk), development (pembangunan), implementation (pelaksanaan) dan evaluation (penilaian). Di fasa analisis, sejumlah 103 orang pesakit tinitus telah mengisi borang soal selidik Tinnitus Functional Index versi Bahasa Melayu (TFI-BM) manakala lapan orang audiologis telah ditemu bual untuk mendapatkan maklumat berkenaan keperluan, kandungan dan maklumat lain untuk membina modul ini. Hasil daripada soal selidik TFI-BM menunjukkan bahawa domain yang paling terjejas adalah domain gangguan. Hasil analisis temu bual audiologis pula mendapati lima tema utama modul iaitu kandungan modul, reka bentuk modul, kesan tinitus, punca tinitus dan cabaran audiologis. Maklumat ini digunakan untuk membentuk modul yang dinamakan sebagai Modul Pengurusan Tinitus Malaysia (Malaysia Tinnitus Management Module, MyTiM). Modul ini terdiri daripada lima komponen utama iaitu pengenalan, mekanisma tinitus, pengurusan, peringatan dan lampiran. Dalam fasa pelaksanaan dan penilaian, kesesuaian dan kebolehlaksanaan modul MyTiM telah dinilai oleh lapan orang audiologis menggunakan borang Suitability Assessment of Materials (SAM) dan borang maklum balas kebolehlaksanaan. Hasil soal selidik SAM menunjukkan modul MyTiM berada dalam kategori material yang baik dan sesuai digunakan dengan skor purata 85.83%. Manakala maklum balas kebolehlaksanaan pula menunjukkan kesemua audiologis bersetuju bahawa modul ini berguna dan dapat membantu dalam sesi kaunseling. Kesimpulannya, modul MyTiM yang telah dibina mempunyai kesesuaian yang tinggi untuk digunakan dalam mengurus individu yang mengalami tinitus di Malaysia,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Pendengaran dan Pertuturan)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectTinnitus-
dc.subjectCounseling-
dc.titlePembinaan modul kaunseling untuk pengurusan masalah tinitus dalam kalangan individu dewasa di Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages141-
dc.identifier.callnoWV272.F253p 2020 9 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122461+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.