Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460320
Title: | Kesan fraksi kaya tokotrienol terhadap ekspresi protein limfosit manusia dari dua kumpulan umur berbeza |
Authors: | Hasnizawati Mohamed Dahlan (P42707) |
Supervisor: | Wan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Tokotrienol Protein limfosit |
Issue Date: | 15-Sep-2012 |
Description: | Vitamin E merupakan antioksidan yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit dan penuaan melalui perubahan transduksi signal dan ekspresi protein. Walaubagaimanapun, mekanisme tindakan vitamin E khususnya isomer tokotrienol, pada manusia masih belum jelas sepenuhnya. Dalam kajian ini, kaedah proteomik digunakan untuk menentukan kesan fraksi kaya tokotrienol (TRF) terhadap ekspresi protein pada limfosit manusia dari dua kumpulan umur yang berbeza. Limfosit periferi diekstrak daripada enam subjek muda (<50 tahun) dan enam subjek lebih tua (>50 tahun) didedahkan kepada hidrogen peroksida (H2O2) 0 hingga 4 mM untuk tempoh masa 5 minit hingga 24 jam dan viabiliti limfosit ditentukan menggunakan asai MTS. Nilai IC40 pada 1mM dan tempoh dedahan selama 6 jam dipilih untuk eksperimen seterusnya. Untuk prarawatan TRF, limfosit dirawat dengan 0 – 1000 μg/ml TRF terlebih dahulu selama 24 jam sebelum didedahkan kepada 1mM H2O2 selama 6 jam manakala bagi posrawatan TRF, sel diaruhkan dengan 1mM H2O2 kemudian dirawat dengan TRF. Viabiliti sel ditentukan menggunakan asai MTS. Perlakuan dengan 1mM H2O2 menurunkan viabiliti sel pada kedua-dua ujian prarawatan dan posrawatan. Prarawatan TRF menambah penurunan viabiliti limfosit pada kepekatan 400 μg/ml dan kekal rendah sehingga 1000 μg/ml (p<0.05). Sebaliknya, posrawatan TRF meningkatkan viabiliti secara bergantung kepekatan dari 200 μg/ml hingga 1000 μg/ml (p<0.05). Seterusnya, posrawatan 50, 100 dan 200 μg/ml TRF dilakukan untuk analisis proteomik bagi limfosit dari kedua-dua kumpulan umur menggunakan elektroforesis gel dua dimensi dan pengenalpastian protein yang berubah ekspresi menggunakan spektrometri jisim MALDI-TOF dan divalidasi menggunakan kuantitatif RT-PCR. Terdapat peningkatan ekspresi protein penanda tekanan oksidatif (CH10) dan penurunan ekspresi protein berkait proliferasi (PCNA) dan kestabilan struktur sel (EZRI) pada kumpulan umur >50 tahun berbanding kumpulan umur <50 tahun. Aruhan dengan 1mM H2O2 mengubah ekspresi 11 protein (1 meningkat dan 10 menurun) dan 7 protein (menurun) untuk kumpulan umur <50 tahun dan >50 tahun masing-masing. Protein yang meningkat adalah protein berkait metabolisme (ECH) dan protein menurun adalah protein berkait metabolisme (TIM), tekanan oksidatif dan antioksidan (PRDX2, PRDX3, PRDX6), struktur sel (COF1, CAP1, COTL1), degradasi (PSME1),dan protein pengawalatur (S100A4, LEG1, MTPN). Rawatan dengan 50 hingga 200 μg/ml TRF mengubah ekspresi 11 protein (10 meningkat, 1 menurun) dan 9 protein (meningkat) bagi kumpulan umur <50 tahun dan >50 tahun masing-masing dengan perubahan yang ketara pada 100 μg/ml TRF. Protein yang meningkat adalah protein berkait metabolisma (TIM, GDH, ATP5, APRT), tekanan oksidatif dan antioksidan (PRDX2, PRDX6, LGUL, SODC), degradasi (PSME1), protein pengawalatur (S100A4, SORCN, MLRM, LEG1), struktur sel (COTL1, GMFG, ARPC5, B2MG) dan faktor inisiasi (IF5A1) manakala protein yang menurun adalah protein pengawalatur (MLRM). Kesimpulannya, peningkatan umur ditunjukkan dengan peningkatan protein oksidatif dan penurunan kadar proliferasi dan kestabilan struktur sel. TRF mungkin memberi kesan perlindungan kepada limfosit melalui perubahan ekspresi protein terutamanya melalui peningkatan enzim metabolisma dan sistem detoksifikasi.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 157 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119035+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.17 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.