Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460309
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMasne Kadar, Dr.
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:39Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:39Z-
dc.date.issued2020-07-01
dc.identifier.otherukmvital:118337
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460309-
dc.descriptionGangguan Spektrum Autisme (ASD) adalah gangguan neurologi yang melibatkan masalah perkembangan dalam komunikasi dan interaksi sosial, tingkah laku serta minat yang terbatas dan berulang, juga ketidakupayaan pemprosesan sensori yang boleh menjejaskan penglibatan kanak-kanak tersebut dalam kegiatan seharian yang memerlukan perhatian. Penilaian seawal mungkin, berdasarkan instrumen penilaian yang berupaya untuk mengukur dengan betul dan bersifat sensitif terhadap sosio budaya masyarakat di Malaysia diperlukan untuk mengenalpasti kesukaran proses sensori dengan tepat agar intervensi yang sesuai dapat dirangka. Buat masa ini, kebanyakan instrumen penilaian pengukuran ketidakupayaan sensori yang terdapat di pasaran telah dibangunkan di luar negara mungkin hanya sesuai untuk digunakan dalam kalangan masyarakat dan konteks negara berkenaan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menterjemah dan mengadaptasi borang penilaian Sensory Processing Measure Home Form ke dalam versi Bahasa Melayu (SPM-MV) dan seterusnya menilai kesahan dan kebolehpercayaan SPM-MV tersebut untuk digunakan dalam kalangan kanak-kanak dengan ASD berusia 5-12 tahun di Malaysia. Kajian telah dijalankan dalam empat fasa yang terdiri daripada proses penterjemahan berdasarkan panduan piawai, kesahan kandungan, kajian rintis bagi menilai kebolehpercayaan dalaman dan ulang uji, dan seterusnya digunakan dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan perbezaan dan mengenalpasti tahap gangguan pemprosesan sensori dalam kalangan kanak-kanak dengan ASD (n=111). Dapatan kajian Fasa I menunjukkan kesahan kandungan dan kebolehpercayaan dalaman SPM-MV yang tinggi. Purata bagi sub-skala I-CVI ialah diantara 0.96 dan 1.00. Jumlah S-CVI borang ialah 0.95 dengan sub-skala S-CVI berjulat diantara 0.82 dan 1.00. Manakala dapatan untuk Fasa II dan III pula, menunjukkan konsistensi dalaman sebanyak 0.70 hingga 0.89 dan intraclass correlation coefficient berjulat diantara 0.80 hingga 0.97. Kesahan perbezaan menunjukkan kanak-kanak dengan ASD mempunyai markah yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak dengan perkembangan tipikal dan mempunyai perbezaan nilai yang signifikan (p<0.001). Dapatan Fasa IV menunjukkan 75.7% responden dengan ASD mengalami disfungsi pasti bagi jumlah domain sistem sensori yang diambil kira, tidak termasuk domain penyertaan sosial dan perancangan idea. Secara keseluruhannya, kanak-kanak dengan ASD menunjukkan peratusan disfungsi pasti yang paling tinggi dalam domain penyertaan sosial (85.6%), perancangan dan idea (77.5%), pendengaran (70.3%) dan penglihatan (62.2%). Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan borang penilaian SPM-MV yang telah diterjemah dan diadaptasi ke dalam Bahasa Melayu ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang baik untuk mengukur keupayaan sensori dalam kalangan kanak-kanak dengan ASD di Malaysia.,Ijazah Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectAutism Spectrum Disorder
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesahan dan kebolehpercayaan pengukuran pemprosesan sensori versi bahasa Melayu untuk digunakan terhadap kanak-kanak dengan gangguan spektrum autism
dc.typetheses
dc.format.pages162
dc.identifier.callno9 Tesis WS350.8.P4N818k 2020
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118337+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.