Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460301
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Suzana Shahar, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurul Huda Ibrahim (P41752) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:37Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:37Z | - |
dc.date.issued | 2011-11-15 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:115162 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460301 | - |
dc.description | Malpemakanan telah dikenalpasti sebagai salah satu faktor penyumbang kepada impak negatif dalam rawatan pesakit dengan meningkatkan risiko ko-morbiditi, mortaliti, tempoh hospitalisasi dan kos rawatan pesakit. Secara global, prevalen malpemakanan dilaporkan masih tinggi di kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital. Walau bagaimanapun, prevalen malpemakanan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih tidak dapat dikenalpasti. Hanya 2.4 peratus daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dirujuk kepada Pegawai Dietetik untuk pelbagai khidmat dietetik. Kajian hirisan lintang ini bertujuan untuk mengenal pasti insidens malpemakanan di kalangan pesakit dewasa semasa kemasukan ke wad HKL dan hubungannya dengan faktor sosio-demografik dan tempoh hospitalisasi. Seramai 533 subjek yang berumur 18 tahun dan ke atas, 49.7% lelaki, 50.3% wanita dengan median umur 50.0 (24) tahun telah menyertai kajian ini. Insidens malpemakanan ialah 26.1% mengikut skor Penilaian Subjektif Global (SGA B & SGA C). Kekurangan berat badan mengikut Indeks Jisim Tubuh (IJT < 18.5 kgm-2) ialah 7.6% dan berlebihan berat badan (IJT ≥ 25.0 kgm-2) ialah 48.1%. Sebanyak 41.4% daripada subjek mempunyai aras hemoglobin yang rendah dan 62.3% mempunyai aras serum albumin di bawah paras 35 g/dl. Walau bagaimanapun hanya 12.9% dari subjek yang dirujuk kepada dietitian untuk pengurusan dietari. Pengambilan tenaga yang tidak mencukupi [adjusted OR: 2.34 (95 % CI: 1.20 – 4.56)] telah dikenalpasti sebagai paling berisiko malpemakanan semasa kemasukan. Diiukut sejarah kemasukan terdahulu dalam tempoh 6 bulan kebelakangan [adjusted OR: 1.91 (95% CI: 1.21 – 3.01)]; malignan [adjusted OR: 1.77 (95 % CI: 1.05 – 2.98)]; ketidak selesaan perut [adjusted OR: 1.60 (95 % CI: 1.01 – 2.55)]; polifarmasi [adjusted OR: 1.08 (95 % CI: 1.03 – 1.14)] dan umur [adjusted OR: 1.04 (95 % CI: 1.02 – 1.05)]. Insomnia telah dikenalpasti sebagai faktor risiko dalam kalangan lelaki [adjusted OR: 2.20 (95 % CI: 1.14 – 4.22)] dan kesukaran menelan dalam kalangan wanita [adjusted OR: 5.52 (95 % CI: 1.09 – 5.83)]. Min pengambilan tenaga dan protein adalah kurang dari 70% dari saranan keperluan individu pada hari kemasukan dan hari kelima. Kesimpulannya, malpemakanan telah dikesan setinggi 60% daripada subjek, dan ia mempunyai hubungan dengan status pemakanan dan kesihatan semasa kemasukan. Saringan pemakanan semasa kemasukan dicadangkan sebagai rutin untuk pengenalpastian awal golongan berisiko malpemakanan supaya meraka dapat dirujuk lebih awal untuk sokongan pemakanan atau intervensi.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains Kesihatan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Malnutrition -- Malaysia | - |
dc.subject | Medical care -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Malpemakanan di kalangan pesakit dewasa semasa kemasukan ke Hospital Kuala Lumpur | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 110 | - |
dc.identifier.callno | WD100.N974m 2011 9 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002505(2011) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_115162+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 985.63 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.