Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460287
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Shahara Zulfakar, Dr.-
dc.contributor.authorElizabeth Sinirisan Chong Shiaw Shim (P80725)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:34Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:34Z-
dc.date.issued2018-12-20-
dc.identifier.otherukmvital:103644-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460287-
dc.descriptionPencemaran daging lembu merupakan faktor penting yang mempengaruhi keselamatan makanan kerana ia merupakan sumber protein yang penting selain daripada produk poltri. Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap pencemaran bakteria pada karkas daging lembu (n=104) dan permukaan sentuhan daging (n=48) di dua buah abatoir terpilih di Selangor. Sampel calitan permukaan sentuhan daging diambil sebelum dan selepas proses penyembelihan berlangsung. Sampel kemudian dianalisis untuk menentukan jumlah kiraan plat, Enterobacteriaceae, E. coli, kehadiran Salmonella spp. dan Listeria spp. Daripada keseluruhan sampel karkas daging lembu, jumlah kiraan plat adalah sebanyak 4.35±1.17 log CFU/cm2, 2.87±1.06 log CFU/cm2 bagi Enterobacteriaceae dan 2.31±0.82 log CFU/cm2 bagi E. coli. Pisau (disampel sebelum proses penyembelihan berlangsung) mempunyai tahap pencemaran yang paling rendah berbanding dengan sampel permukaan sentuhan daging yang lain (p<0.05) dengan purata jumlah mikroorganisma jumlah kiraan plat sebanyak 3.64 ±1.00 log CFU/cm2 dan 2.451.22 log CFU/cm2 untuk Enterobacteriaceae. Tiada perbezaan yang signifikan antara permukaan sentuhan daging yang lain dari segi jumlah kiraan plat dan Enterobacteriaceae. Tiada sampel yang didapati positif dengan kehadiran Listeria spp. Pemerhatian morfologi koloni dilakukan dan pencilan bakteria ini dikenal pasti melalui kaedah reaksi rantai polimerase (PCR). Sampel positif dengan Salmonella spp. (karkas daging lembu, n=14, permukaan sentuhan daging, n=14) telah diuji dengan PCR. Kehadiran Salmonella Typhimurium (S. Typhimurium) adalah paling lazim (21.34%) diikuti dengan kehadiran S. Infantis (14.29%) dan S. Typhi (14.29%). Pencilan E. coli (n=47) juga telah diuji dengan PCR untuk mengenalpasti kehadiran gen virulens stx1, stx2 dan juga eae. Sebanyak 2 pencilan E. coli didapati positif dengan kehadiran stx1 dan 7 pencilan positif dengan kehadiran gen eae. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa tahap pencemaran bakteria yang kurang memuaskan di abatoir di mana patogen seperti Salmonella spp. dan E. coli (positif dengan kehadiran gen stx1) didapati hadir pada sampel. Program pemantauan perlu dipertingkatkan untuk mengawal pencemaran bakteria di abatoir agar keselamatan makanan pengguna sentiasa terjamin.,Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDaging lembu-
dc.subjectBakteria-
dc.subjectE. coli-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titlePenilaian pencemaran bakteria pada karkas daging lembu dan permukaan sentuhan daging di kompleks abatoir terpilih di Selangor-
dc.typetheses-
dc.format.pages291-
dc.identifier.callnoWP870.N676p 2018 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103644+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.