Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460286
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zahara Abdul Manaf, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Khairuddin Noor Khalib (P80727) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:33Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:33Z | - |
dc.date.issued | 2018-12-15 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:103586 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460286 | - |
dc.description | Kesukaran mendapatkan makanan sihat di tempat kerja dan kurangnya minat mengusahakan konsep pemakanan sihat dalam kalangan pengusaha makanan telah menjadikan makanan-makanan yang tidak sihat mendominasi pasaran. Fenomena ini bukan sahaja menjejaskan kualiti diet masyarakat, tetapi juga turut mendorong berlakunya pelbagai penyakit berkaitan amalan pemakanan. Justeru, satu kajian untuk membangunkan modul Perkhidmatan Penghantaran Makanan Sihat dikenali sebagai modul PPMS Rightdiet4u™ (modul RD4U™) dan menentukan keberkesanannya terhadap kualiti diet sewaktu makan tengah hari dalam kalangan dewasa bekerja telah dijalankan. Sejumlah lapan ahli profesional dilantik untuk menilai kesahihan modul dan lapan orang pelatih yang terdiri daripada suri rumah dan ibu berdikari berpendapatan rendah di Bandar Seri Putra, Bangi direkrut sebagai pengusaha PPMS RD4U™. Penilaian kesahihan dan penerimaan modul dinilai dengan menggunakan borang kaji selidik Tool Evaluate Material Used in Patient Education (TEMPtEd). Seterusnya, kajian intervensi silang dijalankan dalam kalangan 50 orang dewasa bekerja berumur 18 hingga 59 tahun (39.4 ± 9.7 tahun; 10 lelaki dan 40 perempuan) yang melibatkan kakitangan institusi pengajian tinggi dan hospital di sekitar Bangi, Serdang dan Kajang telah direkrut sebagai klien. Parameter yang diukur adalah tahap penerimaan klien menggunakan borang kaji selidik Service Quality (SERVQUAL); kualiti diet menggunakan Indeks Pemakanan Sihat Malaysia (IPS-M) yang diperoleh daripada laporan diari makanan tiga hari dan tahap kekenyangan menggunakan borang Skala Visual Analog (VAS). Hasil kajian mendapati modul RD4U™ diklasifikasikan sebagai baik dengan purata nilai min 52.9 ± 7 (ahli profesional) dan 54.6 ± 5.1 (pelatih) daripada keseluruhan 63 markah. Klien berpuas hati dengan mutu PPMS RD4U™ dengan purata skor melebihi skala 4 daripada 5 poin kecuali pada atribut suhu. Skor kualiti diet klien meningkat dari 56.1 ± 11.2 (menu bebas) ke 61.9 ± 9.2 (menu RD4U™) namun masih diklasifikasikan sebagai 'perlu diperbaiki'. Terdapat penurunan pengambilan lemak, peningkatan pengambilan protein (daging dan ikan) (p<0.05) dan sayur-sayuran (p<0.001) semasa intervensi hidangan tengah hari RD4U™. Hasil ujian deskriptif indeks kekenyangan pula menunjukkan hidangan RD4U™ memberikan rasa kenyang yang 'tinggi'. Kesimpulannya, konsep perkhidmatan penghantaran makanan sihat RD4U™ mempunyai potensi untuk diperluaskan dan menggalakkan tabiat pemakanan sihat di tempat kerja sewaktu tengah hari. Kajian lebih lanjut untuk menentukan manfaat jangkamasa panjang PPMS RD4U™ terhadap tahap kesihatan klien diperlukan pada masa akan datang.,Sarjana Sains Kesihatan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Makanan sihat | - |
dc.subject | Diet | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Pembangunan dan penilaian penerimaan modul perkhidmatan penghantaran makanan sihat serta keberkesanannya terhadap kualiti diet klien dewasa bekerja di sekitar Bangi | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 362 | - |
dc.identifier.callno | QT235.M697p 2018 9 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_103586+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.24 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.