Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460275
Title: Kesan snek berbeza indeks glisemik ke atas indeks kekenyangan dan skor kepekaan dalam kalangan atlet ketahanan Institut Sukan Negara
Authors: Chan Yein Tsin (P78608)
Supervisor: Nik Shanita Safii, Prof Madya Dr
Keywords: Glycemic index
Makanan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Aug-2018
Description: Makanan berbeza nilai indeks glisemik (GI) akan memberi kesan yang berlainan terhadap prestasi sukan atlet ketahanan. Manakala kajian tentang kesan makanan dengan nilai berbeza GI terhadap skor kenyangan dan kepekaan atlet adalah terhad. Sukan ketahanan memerlukan atlet untuk bertahan lebih lama, walaupun atlet telah mula merasa lapar dan fokus terhadap aktiviti sukan mereka mula menurun. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengambilan snek tinggi dan rendah GI terhadap indeks kekenyangan dan skor kepekaan dalam kalangan atlet ketahanan di Institut Sukan Negara (ISN). Kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa I berbentuk keratan rentas, di mana snek pilihan atlet ketahanan telah dikenalpasti. Seramai 69 atlet ketahanan ISN dijemput untuk memilih tiga snek yang paling mereka gemari daripada buku resepi The Competition Nutrition Snack Idea yang telah dibangunkan oleh pegawai pemakanan / dietetik ISN. Hasil dari fasa I mendapati 11% atlet memilih Popiah Basah dan Jeli Buah Campuran sebagai snek yang paling digemari, diikuti dengan 11% menyatakan Salad Ayam sebagai snek kedua paling digemari dan tempat ketiga adalah Sandwic Telur dan Keju. Fasa II merupakan kajian penentuan nilai GI bagi dua jenis snek dengan jumlah kandungan serat yang tertinggi dan satu snek untuk jumlah kandungan serat yang terendah. Snek terpilih adalah Salad Buah-buahan (SB): 4.2g/ hidangan; Oat Coklat (OC): 3.5g/ hidangan; Puding Kacang Soya Laici (PKSL): 0g/ hidangan. Seramai 10 atlet terlibat dan hasil fasa ini menunjukkan OC mempunyai nilai GI yang paling rendah, iaitu 51.4 ± 2.4. Manakala SB dikategorikan sebagai snek dengan GI sederhana 59.9 ± 8.8, diikuti dengan PKSL mempunyai nilai GI tinggi iaitu 124.8 ± 15.8. Fasa III merupakan fasa intervensi menggunakan skala Visual Analogue (VAS) untuk menilai indeks kekenyangan dan skor kepekaan atlet ketahanan yang mengambil dua jenis snek yang berbeza GI iaitu PKSL (tinggi GI) dan OC (rendah GI). Skala VAS diisi oleh subjek sebelum snek disediakan, dan pada masa 10, 30, 60, 90 dan 120 min selepas pengambilan snek tersebut. Perubahan skor pada masa tersebut telah dianalisis. Apabila atlet mengambil PKSL, mereka mencatatkan skor kekenyangan yang lebih tinggi pada minit ke-10 berbanding OC (p<0.05). Walau bagaimanapun, selepas 120 minit pengambilan kedua-dua snek tersebut, atlet memberikan skor kekenyangan yang tinggi kepada OC berbanding PKSL (p<0.05). Bagi ujian kepekaan pula, didapati bahawa skor kepekaan selepas pengambilan snek tinggi GI (PKSL) tidak berbeza (p > 0.05) dengan pengambilan snek rendah GI rendah (OC). Kesimpulannya, snek tinggi GI (PKSL) memberikan kesan kekenyangan untuk tempoh yang singkat (10 minit) tetapi snek rendah GI (OC) memastikan tempoh kekenyangan diperpanjangkan sehingga 120 minit selepas pengambilan snek tersebut. Hasil kajian ini membolehkan ahli pemakanan sukan mensyorkan makanan bernilai GI rendah kepada atlet ketahanan sebelum pertandingan atau latihan, untuk mendapatkan rasa kenyangan yang lebih lama disamping mengekalkan prestasi atlet.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 183
Call Number: QU145.5.C454k 2018 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100514+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.