Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460274
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Rohi Ghazali, Profesor Dr.-
dc.contributor.authorLee Wee Xian (P78518)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:30Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:30Z-
dc.date.issued2018-03-30-
dc.identifier.otherukmvital:100513-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460274-
dc.descriptionJangkitan bakteria terlibat dalam patogenesis pelbagai penyakit inflamasi yang serius. Pterostilbene, analog dengan resveratrol telah dilaporkan untuk mempamerkan antikanser, antioksidan, anti-radang, analgesik dan boleh digunakan sebagai agen kemopencegahan yang berpotensi. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menilai potensi pterostilbene sebagai agen kemopencegahan melalui aktiviti antibakteria dan antiinflamasi. Kajian dimulakan dengan saringan antibakteria pterostilbene untuk menentukan nilai kepekatan perencatan minimum (MIC) pterostilbene dengan kaedah mikropencairan kaldu. Seterusnya, kesan kombinasi antara pterostilbene dengan gentamicin telah dikaji menggunakan asai checkerboard dan asai masa kematian. Dapatan awal telah menunjukkan bahawa pterostilbene mempunyai kesan antibakteria terhadap Staphylococcus aureus ATCC 25923 (MIC = 0.00025 μg/ml), Escherichia coli O157 (MIC = 0.0005 μg/ml) dan Pseudomonas aeruginosa ATCC 15442 (MIC = 0.00025 μg/ml). Di samping itu, kombinasi antara pterostilbene dengan gentamicin mempamerkan kesan sinergistik (FIC index < 0.5) terhadap ketiga-tiga bakeria tersebut. Walau bagaimanapun, asai masa kematian menunjukkan bahawa interaksi tersebut adalah bersifat indiferen. Seterusnya, sel makrofaj RAW 264.7 murin yang diaruh oleh lipopisakarida (LPS) telah digunakan sebagai model inflamasi. Hasil asai Griess menunjukkan bahawa pterostilbene memberikan kesan antiinflamasi dengan perencatan penghasilan NO secara signifikan (p < 0.001) berbanding kumpulan kawalan rawatan LPS. Pterostilbene juga ditunjukkan untuk merencat tahap pengekspresan protein inducible nitric oxide synthase (iNOS) dan cyclooxygenase-2 (COX-2) secara signifikan (p < 0.01 dan p < 0.001 masing-masing) melalui pemblotan Western. Selain itu, pterostilbene juga mempamerkan aktiviti antiinflamasi dengan asai ELISA di mana penghasilan tumour necrosis fatcor-α (TNF-α), interleukin-1 (IL-1) dan interleukin-6 (IL-6) menurun secara signifikan (p < 0.001). Kajian kami juga menunjukkan bahawa pterostilbene pada 25 dan 75 μM dapat menghalang pemfosforilan protein p-65 secara signifikan (p < 0.01), dan menunjukkan keupayaan pterostilbene untuk mengurangkan pengekspresan enzim dan sitokin proinflamasi melalui perencatan ke atas tapak jalan NF-κB. Kesimpulannya, pterostilbene mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai agen kemopencegahan melalui aktiviti antibakteria dan modulasi aktiviti inflamasi.,Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAnalgesik-
dc.subjectPterostilbene-
dc.subjectPatogenesis-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan antibakteria dan antiinflamasi pterostilbene sebagai agen kemopencegahan-
dc.typetheses-
dc.format.pages169-
dc.identifier.callnoQV350.L477k 2018 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100513+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.