Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460251
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRokiah Hj. Omar, Prof. Datuk Dr.-
dc.contributor.authorSiti Salwa binti Idris (P45281)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:25Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:25Z-
dc.date.issued2017-08-18-
dc.identifier.otherukmvital:99543-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460251-
dc.descriptionPenurunan penglihatan, silau dan nistagmus merupakan pemasalahan utama yang sering dialami oleh individu albino serta boleh menjejaskan aktiviti harian mereka. Objektif kajian ini ialah menentukan keberkesanan penggunaan kanta sentuh prostetik khas bagi mengurangkan masalah gangguan penglihatan, silau dan nistagmus di kalangan albino. Kajian dimulakan dengan menentusahkan Soalan Kualiti Hidup Penglihatan Terhad versi Bahasa Melayu (Low Vision Quality of Life). Seramai 50 orang individu berpenglihatan terhad dengan min umur 44.58 ± 18.70 tahun dipilih secara rawak. Keputusan kajian menunjukkan LVQOL versi Bahasa Melayu mempunyai nilai Cronbach's Alpha yang baik iaitu melebihi nilai 0.70. Peringkat seterusnya, seramai 30 orang albino dan 30 orang normal sukarelawan yang berpadanan umur, jantina dan bangsa dengan min umur 28.67 ± 9.66 tahun dipilih secara rawak. Setiap subjek albino dan kawalan dipreskipsikan kanta sentuh prostetik khas berkuasa plano. Parameter yang diukur sebelum dan selepas pemakaian kanta sentuh prostetik khas selama sebulan ialah akuiti visual (VA), pengukuran silau menggunakan Brightness Acuity Test (BAT) pada tahap iluminasi rendah, sederhana dan tinggi, pemerhatian kadar kelajuan nistagmus menggunakan rakaman video selama 1 minit pada jarak 3 m, 1 m dan 40 cm serta pengukuran tahap kualiti hidup menggunakan LVQOL versi Bahasa Melayu. Keputusan analisis t-berpasangan menunjukkan peningkatan signifikan (p<0.5) pada VA dengan pemakaian kanta sentuh prostetik khas pada albino iaitu mata kanan (RE) t(29) = 5.64, mata kiri (LE) t(29) = 5.57 dan kedua-dua belah mata (BE) pula ialah t(29) = 5.52. Ukuran silau pada albino bagi RE dan LE pada kesemua tahap iluminasi menunjukkan pengurangan masalah silau yang signifikan (p<0.05) dengan pemakaian kanta sentuh prostetik khas. Untuk RE, keputusan mencatatkan t(29) = 3.64, t(29) = 2.79 dan t(29) = 4.79 bagi iluminasi rendah, sederhana dan tinggi. Manakala LE mencatatkan keputusan t(29) = 4.41, t(29) = 3.66 dan t(29) = 5.19 bagi iluminasi rendah, sederhana dan tinggi. Walau bagaimanapun, kadar kelajuan nistagmus tidak menunjukkan perubahan signifikan pada kesemua jarak yang diperhatikan. Analisis tahap kualiti hidup LVQOL versi Bahasa Melayu pada kumpulan albino menunjukkan peningkatan skor yang signifikan dengan pemakaian kanta sentuh prostetik khas iaitu t(29) = 4.38, (p<0.05) manakala kumpulan kawalan tidak mencatat sebarang perubahan yang signifikan. Kesimpulannya, penggunaan kanta sentuh prostetik khas adalah berkesan dalam mengurangkan masalah gangguan penglihatan, silau dan nistagmus secara amnya di kalangan individu albino. Di samping itu, penggunaan kanta sentuh prostetik khas juga dapat meningkatkan tahap kualiti hidup di kalangan albino.,Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKanta Sentuh-
dc.subjectSilau-
dc.subjectNistagmus-
dc.subjectAlbino-
dc.subjectMata-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKeberkesanan penggunaan kanta sentuh prostetik bagi mengatasi masalah silau dan penglihatan di kalangan individu albino-
dc.typetheses-
dc.format.pages155-
dc.identifier.callnoWW140.S623k 2017 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99543+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.