Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460248
Title: Menentukan model untuk terapi ambliopia di Klinik Optometri UKM : kajian rintis
Authors: Rosmin binti Iqbal Hussain (P58590)
Supervisor: Sharanjeet Kaur, Professor Dr.
Keywords: Ambliopia
Penglihatan
Mata
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Apr-2018
Description: Ambliopia adalah masalah penglihatan yang menyebabkan penurunan akuiti visual (VA) 6/9 atau lebih teruk tanpa kewujudan patologi atau keabnormalan pada struktur mata atau laluan optik. Tujuan kajian ini adalah pertama untuk menentukan model terapi ambliopia menggunakan kajian retrospektif pesakit yang hadir di Klinik Optometri UKM dan kedua adalah kajian rintis untuk menguji keberkesanan model yang dihasilkan ke atas pesakit ambliopia yang baharu. Kajian ini dibahagikan kepada dua fasa. Untuk fasa pertama data diambil dari rekod pesakit kanak-kanak ambliopia berumur dari 2 hingga 17 tahun yang hadir ke Klinik Optometri UKM dari tahun 2004 hingga 2013. Sebanyak 97 fail pesakit disemak di mana 51 pesakit (53%) mempunyai ambliopia jenis refraktif dan 46 orang (47%) mempunyai ambliopia campuran. Faktor kegagalan pesakit mencapai VA normal selepas tamat terapi ambliopia ditentukan menggunakan analisis regresi logistik binomial. Faktor yang dikenalpasti adalah jenis kes (iaitu kes rujukan atau kes baru), tahap keterukan ambliopia yang dialami serta tempoh terapi dijalankan. Berdasarkan keputusan fasa 1, satu model terapi dirangka dengan pertimbangan faktor tahap keterukan ambliopia dan tempoh terapi. Bagi fasa kedua, seramai 15 orang pesakit ambliopia direkrut, 5 orang untuk setiap kategori tahap keterukan ambliopia iaitu ringan, sederhana dan teruk. Kesemua pesakit diberi preskripsi kaca mata dan perlu beradaptasi selama 6 minggu. Bagi empat lawatan seterusnya dalam sela masa 6 minggu, terapi pengatupan dan aktiviti dekat untuk tempoh 2 jam sehari selama 7 hari/minggu diberi kepada kesemua pesakit. Lembaran aktiviti dekat yang diberikan kepada pesakit adalah berdasarkan tahap keterukan ambliopia yang dialami. Hasil kajian fasa ini mendapati terdapat peningkatan VA yang signifikan secara statistik dan klinikal selepas tamat tempoh terapi ambliopia (VA LogMAR sebelum dan selepas terapi; masing-masing 0.58 ± 0.28 dan 0.29 ± 0.25; p = 0.000). Maka, model terapi ambliopia baharu yang mengambilkira tahap keterukan ambliopia dan tempoh terapi boleh meningkatkan kejayaan rawatan.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 127
Call Number: WW20.R821m 2017 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99493+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.