Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460217
Title: | Pengaruh pengetahuan akidah dan amalan ibadah ibu bapa terhadap amalan ibadah pelajar |
Authors: | Muhamad Zaki Zainuddin (P101539) |
Supervisor: | Khadijah Abdul Razak, Dr. |
Keywords: | Islam -- Study and teaching -- Malaysia Islamic religious education -- Malaysia Islamic education -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Jun-2022 |
Description: | Amalan solat fardu, membaca al-Quran dan menutup aurat mampu menurunkan kecenderungan remaja daripada melakukan perbuatan yang menyalahi syarak dan undang-undang negara. Pengetahuan akidah dan amalan ibadah ibu bapa sebagai pendorong untuk remaja melaksanakan amalan ibadah tersebut secara sempurna dan istiqamah. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap pengetahuan akidah, amalan ibadah pelajar dan amalan ibadah ibu bapa daripada persepsi pelajar sekolah menengah di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kajian juga mengenal pasti perbezaan amalan ibadah pelajar berdasarkan tahap pendidikan, jenis pekerjaan dan pendapatan ibu bapa dan mengkaji hubungan antara tahap pengetahuan akidah pelajar dan amalan ibadah ibu bapa dengan amalan ibadah pelajar. Selain itu, kajian juga mengkaji sumbangan pengetahuan akidah pelajar dan amalan ibadah ibu bapa terhadap amalan ibadah pelajar. Kajian ini melibatkan 352 orang pelajar dari 36 buah sekolah menengah di daerah Seremban. Satu set borang soal selidik yang ditadbir secara dalam talian digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis data secara deskriptif dan inferensi melalui ujian Korelasi Pearson, ANOVA sehala dan regresi berganda dilakukan dengan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan akidah pelajar dan amalan ibadah ibu bapa berada pada tahap sangat tinggi manakala tahap amalan ibadah pelajar pula berada pada tahap tinggi. Kajian mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan di dalam tahap amalan ibadah pelajar sekolah menengah berdasarkan tahap pendidikan, jenis pekerjaan dan pendapatan ibu bapa. Hasil kajian juga mendapati tahap pengetahuan akidah pelajar mempunyai hubungan yang signifikan pada tahap sangat rendah dengan amalan ibadah pelajar (r = 0.253, p < 0.01). Kajian juga mendapati amalan ibadah ibu bapa mempunyai hubungan yang signifikan pada tahap rendah dengan amalan ibadah pelajar (r = 0.374, p < 0.01). Analisis regresi mendapati pengetahuan akidah pelajar dan amalan ibadah ibu bapa mempengaruhi secara signifikan terhadap amalan ibadah pelajar. Hasil kajian ini diharap menginspirasikan guru pendidikan Islam (GPI) untuk mempelbagaikan aktiviti sokongan akademik serta mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc) mata pelajaran akidah dan ibadah. Input ini diharap dapat meningkatkan penghayatan akidah, dan ibadah pelajar dalam usaha untuk mengekang penglibatan remaja dalam salah laku jenayah.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 167 |
Call Number: | BP43.M4M834 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130376+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 106.21 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.