Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460208
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAliza Alias, Dr.
dc.contributor.authorRuwaida Rosli (P94137)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:41:31Z-
dc.date.available2023-09-13T09:41:31Z-
dc.date.issued2021
dc.identifier.otherukmvital:130170
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460208-
dc.descriptionGuru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan seorang murid bagi melahirkan murid yang seimbang dari segala aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. Namun begitu, guru harus menyedari bahawa perkembangan murid adalah tidak sama antara satu sama lain. Kekeliruan dan ketidakfahaman guru mengenai perkembangan kebolehan murid boleh menyebabkan murid yang mempamerkan ciri-ciri bermasalah pembelajaran lambat dikenal pasti dan lambat mendapat intervensi yang bersesuaian dengan mereka. Masalah pembelajaran terdiri daripada pelbagai kategori yang melibatkan seseorang murid mengalami kesukaran dalam pembelajaran. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti pengetahuan dan kesedaran guru prasekolah terhadap ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran. Kajian kuantitatif ini melibatkan keseluruhan guru prasekolah yang mengajar di kelas prasekolah di Negeri Perlis. Data kajian dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan guru prasekolah berada pada tahap yang tinggi iaitu, min sebanyak 26.30 dan sisihan piawai adalah sebanyak 5.741. Dapatan menunjukkan sebanyak 84.5% pengetahuan guru berada pada tahap yang tinggi, sebanyak 13.6% berada pada tahap sederhana dan 1.9% berada pada tahap rendah. Manakala bagi dapatan kesedaran pula menunjukkan kesedaran guru prasekolah juga berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 4. 17 dan sisihan piawai bernilai 0.52. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan analisis Ujian-t, dan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan guru prasekolah berdasarkan pengalaman mengajar dan kesedaran guru prasekolah berdasarkan pengalaman mengajar. Bagi melihat hubungan antara pengetahuan dan kesedaran, analisis korelasi pearson mendapati ada hubungan yang signifikan yang rendah iaitu r = 0.304 dan p < 0.01 antara pengetahuan dan kesedaran guru prasekolah terhadap ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran. Kesimpulannya, guru-guru prasekolah didapati mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi terhadap setiap murid yang berada dalam kelas mereka kerana 90.3% guru tersebut mempunyai pengkhususan dalam bidang pendidikan prasekolah, sebanyak 78.6% mempunyai kelulusan akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda bertepatan dengan kelulusan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 iaitu guru-guru prasekolah sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan akademik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectLearning disabled children -- Education (Early childhood)
dc.subjectSlow learning children -- Education (Early childhood)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengetahuan dan kesedaran guru prasekolah terhadap ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran di Negeri Perlis
dc.typetheses
dc.format.pages96
dc.identifier.callnoLC4704.R839 2021 tesis
dc.identifier.barcode006729(2022)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130170+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.