Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460202
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Isa Hamzah, Dr. | |
dc.contributor.author | Syed Abu Bakar Tuan Dalam (P96873) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:41:21Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:41:21Z | - |
dc.date.issued | 2022-01-22 | |
dc.identifier.other | ukmvital:129827 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460202 | - |
dc.description | Pembelajaran inkuiri dan KBAT adalah dua elemen penting dalam transformasi pendidikan hari ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, efektif dan mampu mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Justeru itu, kajian yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk mengukur tahap amalan pembelajaran inkuiri dan KBAT dalam kalangan murid sekolah menengah khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, kajian tersebut juga adalah bertujuan untuk melihat perbezaan tahap amalan pembelajaran inkuiri dan KBAT murid berdasarkan faktor demografi jantina, jenis sekolah dan pendapatan ibu bapa serta melihat hubungan yang terdapat antara amalan pebelajaran inkuiri dengan KBAT. Kajian kuantitatif ini adalah menggunakan pendekatan tinjauan melalui instrumen soal selidik yang telah diadaptasi daripada pengkaji lepas. Seramai 400 orang murid sekolah menengah di Kuala Lumpur yang mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam telah terlibat dalam kajian ini. Analisis data dibuat secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 25.0. Dapatan daripada kajian telah menunjukkan bahawa amalan pembelajaran inkuiri secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana tinggi manakala KBAT pula berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga mandapati bahawa tidak terdapat perbezaan amalan pembelajara inkuiri dan KBAT berdasarkan demografi jantina dan jenis sekolah makakala hanya terdapat perbezaan yang signifikan tahap pembelajaran inkuiri berdasarkan faktor demografi pendapatan ibu bapa sahaja. Selain itu, ujian Korelasi Pearson juga telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara amalan pembelajaran inkuiri dengan KBAT murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Implikasi kajian ini telah membuktikan bahawa amalan pembelajaran inkuiri mempunyai hubung kait dalam melahirkan murid yang memiliki tahap pemikiran yang lebih kreatif, kritis serta mencapai tahap pemikiran aras tinggi. Justeru itu, tahap amalan pembelajaran inkuiri perlu dipertingkatkan lagi bagi memastikan matlamat melahirkan murid yang memiliki tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini dapat direalisasikan dengan sebaiknya.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Thought and thinking | |
dc.subject | Cognitive learning | |
dc.subject | Educational tests and measurements | |
dc.subject | Islam -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Amalan pembelajaran inkuiri dalam memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pendidikan Islam | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 169 | |
dc.identifier.callno | LB1590.3.S974 2022 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006702(2022) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129827+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.