Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460201
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHarun Baharudin, Dr.
dc.contributor.authorMaryumi Matlin (P96676)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:41:20Z-
dc.date.available2023-09-13T09:41:20Z-
dc.date.issued2021-12-12
dc.identifier.otherukmvital:129826
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460201-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan penggunaan analogi gambar dalam pengecaman konsonan Arab bersambung murid sekolah rendah kaum Kadazandusun, Sabah. Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif yang melibatkan seramai 350 orang murid tahun 4, 5 dan 6 sekolah rendah di Sabah. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dan temubual. Satu set soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang diadaptasi dari kajian lepas dan dibahagikan menjadi empat bahagian, iaitu : Bahagian A (Demografi), Bahagian B (Ujian Bentuk) dan Bahagian C (Keperluan Murid Terhadap Pembelajaran Konsonan Arab). Item soal temubual dibina berdasarkan kepada prinsip atau model keperluan yang dirangka oleh Hutchinson dan Waters (1987). Bagi menentukan kesahan instrumen kajian ini, penyelidik akan merujuk kepada dua orang pakar dalam bidang Bahasa Arab. Bagi menguji kebolehpercayaan instrumen kajian soal selidik, kajian rintis dijalankan terhadap 50 orang murid. Secara keseluruhannya, keperluan pembangunan modul pengecaman bentuk konsonan Arab bersambung dari persepsi murid bagi aspek minat berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian turut menunjukkan secara keseluruhannya, keperluan pembangunan modul pengecaman bentuk konsonan Arab bersambung dari persepsi murid bagi aspek masalah berada pada tahap yang tinggi. Keperluan pembangunan modul pengecaman bentuk konsonan Arab bersambung dari persepsi murid bagi aspek kehendak juga berada pada tahap yang tinggi. Dari segi demografi, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan keperluan murid kadazandusun, sabah terhadap penggunaan analogi gambar dalam pengecaman bentuk konsonan Arab bersambung (KAB) bagi aspek minat, masalah dan kehendak berdasarkan jantina.Berdasarkan analisis temu bual yang telah dijalankan, terdapat tiga tema yang membincangkan penerokaan keperluan pembangunan modul pengecaman bentuk konsonan Arab bersambung dari perspektif guru, iaitu: (i) keperluan pembangunan modul; (ii) pembelajaran konsonan Arab bersambung; dan (iii) alat bantu mengajar. Manakala analisis yang berkaitan dengan reka bentuk aktiviti pengajaran menunjukkan terdapat tiga fasa yang dapat dijalankan bagi menggunakan analogi gambar dalam meningkatkan pencapaian murid berkaitan dengan pengecaman konsonan Arab Bersambung, iaitu : (i) Menentukan objektif pembelajaran; (ii) Mereka bentuk penggunaan analogi gambar KAB; dan (iii) Memasukkan elemen analogi KAB. Dapatan kajian ini dapat memberikan suatu reka bentuk bagi menyediakan input dan maklumat kepada pihak yang berkaitan untuk membangunkan suatu modul yang khas untuk membantu murid-murid Bukan Islam bagi mengecam konsonan Arab bersambung.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectArabic language -- Study and teaching -- Malaysia -- Foreign speakers
dc.subjectArabic language -- Study and teaching -- Malaysia
dc.subjectWriting
dc.subjectArabic
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAnalisis keperluan penggunaan analogi gambar dalam pengecaman konsonan Arab bersambung murid Kadazandusun Sabah
dc.typetheses
dc.format.pages132
dc.identifier.callnoPJ6068.M4M347 2021 tesis
dc.identifier.barcode006701(2022)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129826+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.