Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460200
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Isa Hamzah, Dr. | |
dc.contributor.author | Wan Haslinawati Wan Hassan (P101380) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:41:18Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:41:18Z | - |
dc.date.issued | 2022-01-20 | |
dc.identifier.other | ukmvital:129819 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460200 | - |
dc.description | Komponen asas Guru Pendidikan Islam yang berkualiti memerlukan kepada kemahiran, penguasaan ilmu pengetahuan serta amalan pelaksanaan yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesediaan Guru Pendidikan Islam dalam pengajaran tajwid al-Quran berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan pelaksanaan bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenal pasti perbezaan tahap kesediaan guru berdasarkan jantina, kursus yang dihadiri dan pengalaman mengajar. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan kemahiran dengan amalan pelaksanaan pengajaran tajwid al-Quran. Kajian dilaksanakan menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui instrumen yang telah diadaptasi daripada pengkaji lepas. Data kajian ini diperoleh daripada 175 responden yang terdiri daripada Guru Pendidikan Islam sekolah rendah di Putrajaya. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 25.0. Hasil dapatan menunjukkan pengetahuan dan kemahiran guru berada pada tahap tinggi. Begitu juga tahap amalan pelaksanaan pengajaran guru berada pada tahap tinggi. Ujian-t Sampel Bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan Guru Pendidikan Islam dalam pengajaran tajwid al-Quran berdasarkan jantina namun terdapat perbezaan tahap kesediaan daripada aspek amalan Guru Pendidikan Islam dalam pengajaran tajwid al-Quran berdasarkan jantina. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan kursus yang dihadiri. Analisis Ujian Anova Satu Hala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan pengalaman mengajar. Selain itu, Ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan dan kemahiran guru dengan amalan pengajaran tajwid dalam kalangan Guru Pendidikan Islam. Implikasi kajian menunjukkan kejayaan pengajaran tajwid al-Quran bergantung kepada keupayaan dan kesediaan guru. Justeru, kesediaan guru perlu sentiasa dipertingkatkan demi mencapai keberkesanan pengajaran tajwid bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dalam menguasai al-Quran.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Koran -- Study and teaching -- Malaysia | |
dc.subject | Islam -- Study and teaching -- Malaysia | |
dc.subject | Muslim scholars -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kesediaan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran tajwid al-Quran | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 168 | |
dc.identifier.callno | BP43.M4.W336 2022 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006694(2022) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129819+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.