Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460199
Title: | Kecerdasan emosi guru besar dan hubungannya dengan komitmen organisasi guru di sekolah kurang murid |
Authors: | Noraziah Noor Isham (P101372) |
Supervisor: | Mohd Yusoff Mohd Nor, Dr. |
Keywords: | School principals Teachers' unions Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Dec-2021 |
Description: | Komitmen organisasi guru merupakan perkara asas terpenting dalam menyokong kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah terutamanya di sekolah kurang murid (SKM) kerana guru-guru perlu berdepan dan menangani pelbagai kekurangan dan cabaran di SKM. Komitmen organisasi guru dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan salah satunya ialah kecerdasan emosi pemimpin sekolah. Namun, kajian mengenai kecerdasan emosi guru besar dan hubungannya dengan komitmen organisasi guru di SKM masih kurang dijalankan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi guru besar dan komitmen organisasi guru di sekolah kurang murid Negeri Melaka. Kajian ini juga ingin melihat hubungan antara kecerdasan emosi guru besar dengan komitmen organisasi guru dan mengenalpasti dimensi kecerdasan emosi yang mempengaruhi komitmen organisasi guru. Kajian tinjauan ini melibatkan 269 orang guru di Negeri Melaka menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif, inferensi korelasi Pearson dan regresi pelbagai digunakan untuk menguji tahap dan hubungan. Dapatan kajian mendapati tahap kecerdasan emosi guru besar dan komitmen organisasi guru adalah pada tahap tinggi dan terdapat hubungan yang positif dan kuat antara kecerdasan emosi dengan komitmen organisasi guru. Manakala dimensi motivasi dan kemahiran sosial memberi pengaruh ke atas komitmen organisasi guru. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan mengenai kecerdasan emosi dalam kepimpinan pemimpin sekolah dan komitmen organisasi guru. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menambah baik modul latihan kepimpinan sekolah dengan menitik beratkan elemen kecerdasan emosi, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dicadangkan mengadakan ujian kecerdasan emosi kepada semua guru besar dan calon guru besar di SKM bagi mengetahui tahap kecerdasan emosi mereka seterusnya dapat merangka latihan yang bersesuaian. Manakala guru besar dapat meningkatkan kesedaran mereka mengenai kepentingan kecekapan kecerdasan emosi dan komitmen organisasi guru dan membolehkan mereka mengambil inisiatif dan menyusun strategi bagi meningkatkan kecerdasan emosi dan komitmen organisasi guru untuk keberkesanan kepimpinan dan sekolah.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 156 |
Call Number: | LB2831.9.N637 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129615+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.