Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460198
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Abdul Razak, Dr.
dc.contributor.authorIsmail Jaafar (P95811)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:41:15Z-
dc.date.available2023-09-13T09:41:15Z-
dc.date.issued2021-12-19
dc.identifier.otherukmvital:128724
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460198-
dc.descriptionStrategi pengajaran berasaskan KBAT yang berkesan mampu menjadi pemangkin dalam melahirkan insan seimbang yang berfikiran kritis, kreatif dan juga inovatif sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi penerapan kemahiran berfikir dilihat semakin berkembang khususnya dalam subjek berbentuk saintifik dan teknologi dan subjek-subjek lain. KBAT yang merupakan sebahagian daripada komponen dalam Pembelajaran Abad ke-21 perlu diterapkan oleh guru dalam kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengetahuan guru Tasawwur Islam yang berpengalaman mengenai konsep KBAT dan strategi penerapannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes melibatkan empat orang guru Tasawwur Islam sekolah menengah di Negeri Sembilan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan perisian Nvivo 12. Dapatan kajian menunjukkan guru mempunyai kefahaman yang jelas terhadap konsep KBAT serta mampu menerapkannya dalam konteks pengajaran Tasawwur Islam. Guru mentafsirkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sebagai berfikir secara kompleks dan juga kemahiran kognitif selain mengaitkan konsep amalan, iltizam, penghayatan, pentabiatan sebagai sebahagian dari elemen KBAT dalam Tasawwur Islam. Terdapat tiga strategi utama penerapan KBAT dalam pengajaran Tasawwur Islam iaitu perancangan pengajaran, strategi berpusatkan murid, dan bahan bantu mengajar. Untuk pentaksiran kemahiran berfikir, pentaksiran dalam bilik darjah dilaksana berdasarkan DSKP dan menggunakan pelbagai intrumen pentaksiran. Kajian ini memberi impak positif dan bermanfaat kepada guru Tasawwur Islam khususnya dalam mempelbagaikan strategi pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan kemahiran KBAT dalam kalangan murid.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectEducation -- Religious aspects
dc.subjectKnowledge and learning
dc.subjectTeaching skills
dc.subjectThinking skills
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengetahuan guru terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Tasawwur Islam
dc.typetheses
dc.format.pages202
dc.identifier.callnoLB1027.2.I766 2021 tesis
dc.identifier.barcode006565(2022)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128724+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.