Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460197
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Bity Salwana Alias, Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Nur Asyraf Nordin (P95874) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:41:14Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:41:14Z | - |
dc.date.issued | 2021-04-07 | |
dc.identifier.other | ukmvital:127547 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460197 | - |
dc.description | Sekolah perlu memainkan peranan bagi menyokong agenda utama Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) iaitu untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid B40. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji amalan pengurusan keperluan murid dalam kalangan pengetua berdasarkan keupayaan pengetua memenuhi keperluan asas, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan, dan keperluan sempurna kendiri murid B40. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara amalan pengurusan keperluan murid dalam kalangan pengetua dengan kemenjadian murid B40. Reka bentuk kajian ini adalah tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen kajian adalah soal selidik yang dibangunkan berdasarkan teori keperluan Maslow dan Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM). Kajian ini melibatkan 329 orang murid B40 di negeri Kelantan yang membuat penilaian terhadap amalan pengurusan pengetua dan penilaian kendiri terhadap kemenjadian masing-masing. Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.0 telah digunakan untuk membuat analisis deskriptif (min dan peratus) dan inferensi (ujian korelasi Pearson) bagi menjawab persoalan kajian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan amalan pengurusan keperluan murid dalam kalangan pengetua berada pada tahap tinggi dengan skor min = 3.85, s.p. = 0.54 tetapi amalan pengurusan keperluan asas hanya berada pada tahap sederhana sahaja dengan skor min = 3.03, s.p. = 0.78. Kemenjadian murid dalam akademik adalah pada tahap rendah skor min = 2.28, s.p. = 0.82, manakala sahsiah dan kokurikulum masing-masing pada tahap tinggi dan sederhana dengan skor min = 4.02, s.p. = 0.49 bagi sahsiah dan kokurikulum dengan skor min = 2.72, s.p. = 0.97. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang lemah (r = 0.159, p <0.001) antara amalan pengurusan keperluan murid dalam kalangan pengetua dengan preastasi pendidikan murid B40. Kesimpulannya, walaupun secara keseluruhan pengetua sekolah menengah di negeri Kelantan mengurus keperluan murid dengan baik tetapi amalan pengurusan keperluan asas masih perlu ditingkatkan. Latihan yang berfokus kepada meningkatkan kemahiran pengurusan tersebut mungkin perlu, justeru kajian lanjutan yang dapat mengkaji aspek ini dengan lebih mendalam adalah dicadangkan.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | School management and organization | |
dc.subject | Management skills | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Amalan pengurusan keperluan murid dalam kalangan pengetua dan kemenjadian murid B40 di Kelantan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 128 | |
dc.identifier.callno | LB2801.A1.M834 2021 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006473(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_127547+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.