Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460195
Title: | Amalan pengurusan keselamatan dalam kalangan pentadbir dan pematuhan terhadap peraturan keselamatan di Kolej Vokasional Negeri Sembilan |
Authors: | Wan Rosnaida Wan Musa (P97219) |
Supervisor: | Bity Salwana Alias, Dr. |
Keywords: | Vocational education Safety management practice Universiti Kebangsaan Malaysia Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Apr-2021 |
Description: | Warga kolej vokasional kebanyakan masa terlibat dengan kerja-kerja amali di bengkel, makmal serta kerja-kerja lapangan yang sentiasa terdedah kepada risiko kemalangan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji amalan pengurusan keselamatan pentadbir Kolej Vokasional berdasarkan aspek mengelola, memimpin dan mengawal serta mengenal pasti tahap pematuhan terhadap peraturan keselamatan di kolej vokasional Negeri Sembilan berdasarkan persepsi pensyarah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah berkenaan. Rekabentuk kajian ini adalah tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan telah diedarkan kepada 240 pensyarah di kolej vokasional Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) Versi 25.0 untuk membuat analisis deskriptif (min, kekerapan dan peratus) serta analisis inferensi (korelasi Pearson) bagi menjawab persoalan kajian. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan tahap amalan pengurusan keselamatan dalam kalangan pentadbir berada pada tahap sederhana (min=3.38, sp=0.790), manakala tahap pematuhan terhadap peraturan keselamatan berada pada tahap tinggi (min=3.497, sp=0.714). Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat (r=0.815, p<0.01) antara amalan pengurusan keselamatan dengan pematuhan terhadap peraturan keselamatan. Kesimpulannya, amalan pengurusan keselamatan kolej vokasional di Negeri Sembilan perlu dipertingkatkan agar tahap keselamatan kemudahan kolej vokasional berada pada tahap yang paling optimum. Adalah dicadangkan pentadbir kolej vokasional mengelola serta mengawal dengan melakukan penyelenggaraan terhadap kemudahan fizikal yang tidak mematuhi keselamatan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh akta keselamatan. Pengelolaan latihan keselamatan yang melibatkan penyertaan warga kolej dalam aspek mengawal juga dapat meningkatkan pematuhan terhadap peraturan keselamatan keselamatan.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 120 |
Call Number: | LC1039.5.W336 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_127545+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.