Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460194
Title: Analisis kesalahan tatabahasa Arab dalam kemahiran menulis murid tahun lima di sekolah rendah
Authors: Hussain Hamid (P96874)
Supervisor: Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof.
Keywords: Bahasa Arab -- Pengajaran dan pembelajaran
Bahasa asing -- Pengajaran dan pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Feb-2021
Description: Kesalahan murid terhadap pembelajaran bahasa asing kedua merupakan satu kebiasaan. Kecelaruan merupakan punca utama kepada berlakunya kesalahan. Kecelaruan disebabkan oleh pemindahan pengetahuan bahasa pertama kepada bahasa asing. Justeru, kesalahan tersebut perlu diberi perhatian. Malah, kesalahan tersebut boleh diperbaiki melalui analisis kesalahan berbahasa. Salah satu dari kemahiran berbahasa ialah kemahiran menulis. Menerusi kemahiran menulis murid, kesalahan yang dilakukan semasa menulis boleh diperbaiki supaya kesalahan yang sama tidak berulang. Analisis kesalahan bahasa asing perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran dari sekolah rendah. Oleh itu, kajian ini melihat analisis kesalahan tatabahasa arab di kalangan murid sekolah rendah menjadi satu keperluan yang mendesak. Ini kerana, kepentingan serta kebaikannya dalam jangka masa panjang membantu murid mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa asing dengan lebih baik untuk mememahami dan mengguasainya. Tujuan kajian ialah mengenal pasti kesalahan, memerihalkanya, menjelaskannya dan melihat peratus kesalahan yang terdapat pada kemahiran menulis. Rekabentuk kajian ini ialah kuantitatif dan tinjauan. Teknik persampelan yang digunakan ialah teknik rawak mudah. Sampel kajian ialah seramai 341 orang murid dari tahun lima sekolah rendah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid melakukan banyak kesalahan asas tatabahasa bagi keempat-empat kategori yang dikaji. Kesalahan tertinggi didapati pada kesalahan ejaan kata bilangan bagi perkataan nombor bahasa Arab dengan catatan peratusnya sebanyak 73.3%. Seterusnya, kesalahan kerana menulis baris sukun pada huruf Alif Lam Syamsiah dengan catatan peratus kesalahan sebanyak 71.8%. Akhir sekali, kesalahan menulis kata ganti nama tunjuk isim ‘isharah mudhakar pada perkataan muannas dengan catatan peratus kesalahan sebanyak 60.7%. Kesimpulannya, murid dan guru perlu memainkan peranan masing-masing pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, melalui analisis kesalahan pada kemahiran menulis, guru boleh memperbaiki strategi, pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran dengan lebih baik. Ia mampu menambahbaik dan meningkatkan lagi mutu, kualiti kefahaman dan pengguasaan murid terhadap pembelajaran bahasa Arab,Sarjana Pendidikan
Pages: 141
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127398+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
758.04 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.