Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460185
Title: Amalan kepimpinan distributif pengetua dan komitmen guru pendidikan khas serta hubungannya dengan pelaksanaan program transisi kerjaya
Authors: Mohd Yusaini Yaakub (P97316)
Supervisor: Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Special education teachers
Distributive leadership
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Feb-2021
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan distributif pengetua, tahap komitmen guru pendidikan khas dan tahap pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah menengah di Kuala Lumpur. Kajian ini turut mengkaji hubungan dan pengaruh amalan kepimpinan distributif pengetua dan komitmen guru pendidikan khas terhadap pelaksanaan PTK. Kajian berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan ini rnelibatkan 183 orang guru pendidikan khas menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen semasa pengumpulan data. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan program SPSS versi 23.0. Dapatan kajian berdasarkan persepsi guru menunjukkan amalan kepimpinan distributif pengetua (min=4.22), tahap komitmen guru (min=3.71) dan tahap pelaksanaan PTK (min=3.94) berada pada tahap tinggi. Dimensi yang mendapat tahap tertinggi dalam kepimpinan distributif merupakan dimensi amalan kepimpinan (min=4.32), bagi dimensi komitmen guru pula adalah komitmen afektif (min=4.11) manakala bagi dimensi dalam PTK adalah perancangan berfokus MBK (min=4.16). Hasil analisis korelasi pula menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan antara amalan kepimpinan distributif dengan komitmen guru dan berada pada tahap sederhana (r=0.325) tetapi tiga dimensi berada pada tahap rendah kecuali penambahbaikan budaya kerja berada pada tahap sederhana. Hubungan antara kepimpinan distributif dengan pelaksanaan PTK signifikan tetapi turut berada pada tahap sederhana (r=0.454) dan hampir kukuh. Begitu juga komitmen guru dan pelaksanaan PTK menunjukkan wujud hubungan yang signifikan tetapi berada pada tahap sederhana (r= 0.328). Kajian turut menunjukkan terdapat pengaruh kepimpinan distibutif dan komitmen guru terhadap pelaksanaan PTK tetapi kesan yang kecil. Implikasi kajian memberi nilai tambah kepada pengetua dalam mengamalkan kepimpinan distributif, meningkatkan komitmen guru dan pelaksanaan PTK di sekolah. Kesimpulannya kajian ini membuktikan amalan kepimpinan distributif pengetua dan komitmen guru pendidikan khas mempengaruhi pelaksanaan PTK.,Sarjana Pendidikan
Pages: 248
Call Number: LC3969.M634 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126270+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.