Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460184
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Syawal Amran, Dr.
dc.contributor.authorNorhida Anor Basri (P96504)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:40:54Z-
dc.date.available2023-09-13T09:40:54Z-
dc.date.issued2021-12-15
dc.identifier.otherukmvital:126268
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460184-
dc.descriptionGaya keibubapaan amat penting dalam menentukan tingkah laku pelajar agar tidak melanggar norma masyarakat dan peraturan yang ditetapkan. Perapatan rakan sebaya akan membentuk ikatan emosional dan mewujudkan rasa aman dalam kehidupan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara gaya keibubapaan dan perapatan rakan sebaya dengan tingkah laku berisiko dalam kalangan pelajar juvana. Kajian tinjauan dilakukan melalui soal selidik kepada 187 orang pelajar bagi mengetahui hubungan gaya keibubapaan (autoritarian, autoritatif, permisif) dan perapatan rakan sebaya (komunikasi, kepercayaan, keterasingan) dengan tingkah laku berisiko. Kaedah yang digunakan melibatkan kaedah persampelan rawak mudah dan rawak strata berkadaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap gaya keibubapaan autoritarian dengan tingkah laku berisiko. Ini bermakna ibu bapa yang suka mengawal dan tidak memberi kebebasan kepada anak-anak mempengaruhi tingkah laku pelajar juvana. Hal ini kerana gaya keibubapaan autoritarian mengutamakan kawalan yang tinggi untuk menuruti arahan ibu bapa dalam membuat keputusan menyebabkan anak-anak berkonflik dan kurang berkomunikasi serta hilang kepercayaan terhadap ibu bapa. Manakala dapatan kajian seterusnya menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara aspek keterasingan dengan tingkah laku berisiko. Dapatan ini menunjukkan pelajar yang kurang mendapat perhatian dari rakan sebaya dapat membuatkan mereka merasa terasing dan disisihkan hingga terdorong untuk melakukan tingkah laku berisiko. Oleh itu, kajian ini memberi implikasi kepada ibu bapa dalam meningkatkan kemahiran keibubapaan serta membantu remaja dalam perhubungan dengan rakan sebaya agar dapat menghindarkan diri dari terlibat dengan tingkah laku berisiko. Selain itu kajian ini juga turut memberi implikasi kepada pihak sekolah dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan yang berimpak tinggi kepada pelajar-pelajar.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectParenting
dc.subjectStudent's behaviour
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleHubungan gaya keibubapaan dan perapatan rakan sebaya dengan tingkah laku berisiko pelajar juvana
dc.typetheses
dc.format.pages129
dc.identifier.callnoHQ755.8.N637 2021 tesis
dc.identifier.barcode006411(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126268+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.